Halaman

18 Apr 2013

TUTORIAL - MEMATIKAN FUNGSI AUTOPLAY PD WINDOWS 7


Fungsi AutoPlay dalam Windows pada mulanya dibangunkan untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.


Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih baik jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.



CARA2 PADAMKAN FUNGSI AUTOPLAY PD WINDOWS 7

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’

 

2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.

 

Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.

No comments:

Post a Comment