Kabel UTP atau dikenali sebagai kabel ‘Unshielded Twisted Pair’ digunakan untuk membuat jaringan atau rangkaian komputer. Kabel UTP berisi empat pasang kabel setiap pasang adalah kembar. Kabel UTP sememangnya terdiri dari 4 pasang kabel yang berlilitan. Setiap warna dan lilitan memiliki jumlah ‘resister’ yang berbeza-beza dalam menghantar dan menerima data. Dari 8 kabel (4Pair) UTP kabel, yang digunakan hanyalah 4 sahaja yang berfungsi (2 Pair) dua kabel untuk menghantar data dan dua lagi untuk menerima data.
1. Potong hujung kabel mengunakan ‘Crimping Tools’.
- Memotong kabel UTP yang belum dipasangkan RJ-45
2. Susun hujung kabel berdasarkan warna orange putih, orange, putih hijau, biru, putih biru, hijau, putih coklat, dan coklat.
- Menyusun hujung kabel mengikut warna
3. Ratakan hujung kabel dengan pisau dan potong mengunakan ‘Crimping Tools’ sehingga rata.
- Proses meratakan hujung kabel
- Hujung kabel yang rata
4. Masukan hujung kabel ke dalam ‘konektor RJ-45’.
- Hujung kabel yang dipasangkan ‘konektor RJ-45’
5. Klip hujung kabel yang telah dipasangkan ‘konektor RJ-45’ menggunakan ‘Crimping Tools’ agar hujung kabel tidak mudah terlepas dari ‘konektor RJ-45’.
- Proses klip pada hujung kabel yang telah dipasangkan ‘konektor RJ-45’
6. Selepas kedua-dua hujung kabel dipasangkan dengan ‘konektor RJ-45’dan di klip, uji kabel menggunakan ‘Microscanner’ untuk melihat kabel berfungsi atau tidak.
- Proses menguji kabel menggunakan ‘Microscanner’
7. Lihat paparan yang dikeluarkan oleh ‘Microscanner’, jika pergerakan digitnya dalam keadan baik dan mengikut peringkat itu bermakna kabel berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Paparan yang dikeluarkan oleh ‘Microscanner’
8. Jika pergerakan digit terputus menunjukkan kabel tidak dapat berfungsi dengan baik, dan kita perlu membuat kabel baru.
No comments:
Post a Comment