1. Taman Hidupan Liar Lok Kawi ini dioperasikan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Keluasan taman ini ialah 280 ekar termasuklah Taman Botanikal yang diseliakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.
2. Jarak perjalanan menuju ke taman ini dari Pusat Bandar Kota Kinabalu ialah dalam 17 km. Sama ada anda boleh melalui jalan dari kem tentera Lok Kawi ataupun dari Penampang sebab taman ini terletak di jalan lama Penampang-Papar. Jangan risau, anda akan jumpa papan tanda ke taman ini sepanjang perjalanan anda menuju ke sini.
3. Terdapat lebih dari 100 spesies haiwan termasuklah mamalia, reptilia dan burung. Di Taman Botanikal pula terdapat herba-herba dan Kebun Halia. Antara tarikan yang dalam pembinaan setakat ini ialah laluan hutan sepanjang 1.4km, Taman Rafflesia dan Taman Orkid.
4. Harga tiket pula ialah RM10 untuk warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, pelancong asing berumur 18 ke atas pula Rm20, pelawat warga Malaysia yang berumur 3-17 tahun pula ialah Rm5, pelawat asing yang berumur 3-17 tahun pula ialah Rm10 manakala warga tua yang berwarganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas dan OKU pula masuk percuma.
5. Selesai anda membeli tiket, anda ada dua pilihan untuk menghayati keindahan taman ini sama ada anda hendak berjalan kaki atau menaiki ‘Tram’ atau bahasa kampung-kampung, kereta api. Tiket untuk tram ini berharga RM2 dan servis untuk tram ini ialah pada pukul 10am, 11.15am, 2pm, dan 3.15pm. Saya syorkan anda menaiki tram ini memandangkan harga tiket yang murah dan cuaca yang agak panas untuk berjalan kaki.
6. Selesai anda menaiki tram ini, anda akan dibawa berjalan ke sekeliling taman ini. Jika anda pergi ke sini pada jam 2 petang, anda akan bernasib baik kerana pada jam ini,anda akan berpeluang melihat haiwan-haiwan ini diberikan makanan dan melihat mereka makan.
7. Macam-macam haiwan yang ada di sini. Paling menarik perhatian saya ialah Harimau, Gajah, Beruang dan Burung Kakak Tua (macam tu Faber Castell). Namun semasa kami ke sini, nasib kami agak kurang baik kerana tidak berpeluang melihat Orang Utan dan Badak Sumatra.
8. Selepas saja anda selesai menaiki tram, anda akan dibenarkan untuk berjalan kaki ke sekitar taman ini. Di sini la peluang anda untuk ‘explore’ sendiri tempat-tempat yang tidak dilalui semasa menaiki tram tadi. Ada Aviary dimana anda boleh melihat satu sangkar besar yang memuatkan pelbagai spesies burung dalam satu tempat. Sangkar ini memang besar, anda harus mencuba untuk masuk ke dalamnya nanti jika berpeluang ke sini.
9. Selepas Aviari, anda boleh pergi ke Rumah Reptilia yang terletak di atas bukit. Hati-hati semasa di sini, jangan cuba untuk melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan kemarahan reptilia, maklumlah, reptilia yang ada di sini seperti ulat tedung dan ular sawa. Besar-besar saiz ular di sini.
10. Apa yang menarik di sini ialah bukan sahaja anda boleh melihat haiwan dan tumbuhan, tetapi anda juga kan disajikan dengan persenbahan oleh kakitangan taman ini di Amphitheater. Waktu persembahan di Amphitheater ialah pada pukul 11am dan 3.15pm setiap hari tetapi ditutup pada hari Jumaat kecuali cuti sekolah dan cuti umum. Jadi jangan terlepas peluang untuk melihat persembahan mereka dengan haiwan-haiwan yang terpilih, kerana banyak gimik sewaktu persembahan mereka,gimik itu tidaklah saya boleh sebutkan di sini kerana anda harus melihatnya sendiri.
11. Saya tidak sempat berkunjung ke Taman Botanikal hari itu jadi saya tidak boleh membuat sebarang review mengenai taman itu. Mungkin perkara terakhir yang anda boleh lakukan di taman ini ialah menunggang gajah. Aktiviti menunggang gajah ini hanya untuk budak-budak dan available pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum, masa menunggang ialah pada pukul 10-11am dan 2-3pm, harga tiket bagi menunggang gajah ini ialah Rm5 bagi satu kepala.
No comments:
Post a Comment