Sebelum melakukan proses instalasi Windows XP kita perlu ‘backup’ dokument penting terlebih dahulu kedalam cakera keras yang lain ini penting untuk mengelakan dokument daripada hilang ataupun rosak. Berikut merupakan proses kerja yang dilakukan selepas membuat penyimpanan dokument.
1. Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM.
Bagi memastikan komputer membaca CD Windows XP yang dimasukkan kedalam CD/DVD-ROM kita perlu menetapkan, ‘Boot Sequenc’ kepada CD-ROM terlebih dahulu. Berikut merupakan cara penetapan ‘Boot Sequence’.
i. Hidupkan komputer terlebih dahulu.
ii. Klik F2 atau ‘DELETE’ untuk masuk kedalam ‘BIOS’.
iii. Dalam ‘Phoenix BIOS’, pilih ‘Advanced BIOS Fetures’.
Rajah 1 : Paparan ‘Phoenix BIOS’
iv. Pilih ‘Boot Sequence’.
Rajah 2 : Paparan ‘Boot Sequence’
v. Dalam ‘Boot Sequence’, tentukan CD-ROM berada di ‘1st Boot Device’.
Rajah 3 : Paparan ‘1st Boot Device’
vi. Klik F10 untuk menyimpan tetapan yang telah ditukar dan ‘restart’ semula Komputer.
2. Format Dan Instalasi Cakera Keras Memgunakan Windows XP.
i. Pertama sekali, setelah ‘restart’ paparan ‘Press any key to boot from CD …’ akan keluar. Klik apa-apa butang yang terdapat pada papan kekunci supaya komputer akan mula membaca CD Windows XP.
Rajah 4 : Paparan ‘Press any key to boot from CD …’
ii. Perhatikan mesej yang mula-mula dipaparkan, ‘press F6 if you need to install a third party SCSI or RAID driver’. Mesej ini penting sekiranya kita membuat instalasi Windows XP.
Rajah 5 : Paparan ‘press F6 if you need to install a third party SCSI or RAID driver’
iii. ‘Welcom to setup’ di paparkan. Klik ‘Enter’ untuk memulakan instalasi Windows XP.
Rajah 6 : Paparan ‘Welcom to setup’
Rajah 7 : Paparan ‘Welcom to setup’
iv. ‘Windows Xp licensing Agreement’. Klik F8 untuk meneruskan proses instalasi.
Rajah 8 : Paparan ‘Windows Xp licensing Agreement’
i. Sekiranya cakera keras mempunyai Windows XP, ‘Setup’ akan bertanya sekiranya kita ingin mengunakan semula Windows yang lama. Klik ‘ESC’ sekiranya kita ingin membuat instalasi Windows XP yang baru.
Rajah 9 : Paparan ‘Partition’
ii. Sekiranya cakera keras :
a. Masih baru dan belum mempunyai ‘Partition’, ikuti langkah 7 hingga 8.
b. Tapi jika, sudah mempunyai ‘Partition’, teruskan ke langkah 9.
iii. Buat ‘Partition’ dengan klik butang C.
Rajah 10 : Paparan ‘Create Partition’
iv. Tentukan saiz ‘Partition’ terlebih dahulu dan klik ‘ Enter’.
Rajah 11 : Paparan saiz ‘Partition’
v. Pilih ‘Partition C :’ untuk installasi Windows XP, di ingatkan seandainya terdapat fail atau dokumen penting dalam ‘Partition C :’, ‘backup’ terlebih dahulu kedalam ‘Externel Hard Drive’.
Rajah 12 : Paparan ‘Partition C :’
vi. Klik C untuk setuju dan meneruskan instalasi Windows ini.
Rajah 13 : Paparan ‘Windows XP Setup’
vii. Pilih ‘NTFS’ sebagai ‘File System’ dan klik ‘Enter’.
Rajah 14 : Paparan ‘Format Partition’
viii. Klik F untuk ‘Format Hard Disk’ yang ingin di instalasi Windows XP baru.
Rajah 15 : Paparan ‘Format Hard Disk’
ix. Selepas itu ‘Setup’ akan format cakera keras dan menyediakan fail bagi proses instalasi Windows XP. Setelah proses ini selesai komputer akan ‘restart’ buat seketika sebelum meneruskan instalasi Windows XP.
Rajah 16 : Paparan ‘Setup is formatting’
x. Selepas ‘restart’ proses instalasi Windows XP akan bermula. Klik ‘Next’ untuk meneruskan langkah yang berikutnya.
Rajah 17 : Proses ‘Setup Windows XP’
xi. Masukkan Nama dan klik ‘Next’.
Rajah 18 : Proses ‘Create Name and Organization’
xii. Masukkan nombor siri Windows XP yang di instalasi dan klik ‘Next’.
Rajah 19 : Proses ‘Your Product Key’
xiii. Masukkan kata laluan bagi ‘Administrator’ jika diinginkan dan klik ‘Next’, seandainya kita tidak ingin memasang kata laluan abaikan sahaja dan terus klik ‘Next’.
Rajah 20 : Proses ‘Administrator’
xiv. Dalam paparan ‘Time Zone’, pilih Kuala Lumpur dan klik ‘Next’.
Rajah 21 : Proses ‘Time Zone’
xv. Proses ‘Setup’ telah berjalan. Tunggu sehingga proses ini selesai sebelum meneruskan kepada langkah yang berikutnya.
Rajah 22 : Proses ‘Setup’ berjalan
xvi. Sekiranya CPU mempunyai ‘Network Card’, ‘Setup’ akan meminta kita untuk membuat pilihan mengenai ‘Network’ itu. Klik ‘Next’ jika tidak berkaitan.
Rajah 23 : Proses ‘Network Card’
xvii. Tunggu sehingga keseluruhan proses instalasi Windows XP ini selesai dan komputer akan ‘restart’ sekali lagi.
3. Mula Menggunakan Windows XP.
i. Paparan pertama akan menunjukan ‘Display Setting’ selepas komputer ‘restart’. ‘Screnn Resolution’ akan diubah mengikut kesesuaian CPU. Klik ‘OK’ untuk meneruskan kepada langkah berikutnya.
Rajah 24 Paparan ‘Display Setting’
ii. ‘Welcom to Microsoft Windows’ dipaparkan dan klik ‘Next’.
Rajah 25 : Proses ‘Welcom to Microsoft Windows’
iii. Pilih ‘Not Right Now’ dan klik ‘Next’. Kita boleh mengaktifkan kembali ‘Automatic Update’ setelah selesai proses instalasi ini.
Rajah 26 : Paparan ‘Help protect your PC’
iv. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet jika ada. Kita boleh meningalkan langkah ini dengan klik ‘Skip’.
Rajah 27 : Proses ‘Checking your Internet connectivity’
v. Pilih ‘No, Not at this time’ untuk tidak mendaftar dengan Microsoft dan klik ‘Next’.
Rajah 28 : Proses ‘Ready to Register with Microsoft?’
vi. Masukkan Nama pengguna dan klik ‘Next’.
Rajah 29 : Paparan ‘Who will use this computer?’
vii. Klik ‘Finish’ untuk mengakhiri proses instalasi Windows XP.
Rajah 30 : Paparan ‘Thank you!’
viii. Setelah selesai proses Instalasi Windows XP dilakukan. Kini, Windows XP boleh digunakan .
Rajah 31 : Paparan ‘Desktop Windows XP’
No comments:
Post a Comment