Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir ALLAH S.W.T kerana sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri.
Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan ALLAH S.W.T jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, ianya tidak.
Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh cabaran, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah di jalan dakwah?
Kesimpulannya, dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya semata-mata kerana ALLAH S.W.T. INSYAALLAH, pastinya sebuah perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment