Halaman

12 Apr 2013

Permulaan : Cara Buat Akaun Blogspot


mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangkakan.

Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.

Cara Buat Akaun Blogspot

sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogsport, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih mudah memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini .

jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftar dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspt.

1. buka link blogger.
2. apabila paparan keluar, klik pada "create a blog"


3. seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik "continue"


4. Kemudian masukkan blogname & blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog.
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog.


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik "continue".


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri & boleh mula untuk menaip entri pertama anda.

No comments:

Post a Comment