Halaman

17 Apr 2013

GUNUNG TAMBUYUKON


Gunung Tambuyukon adalah merupakan salah satu diantara gunung-gunung yang terbentuk diatas banjaran crocer yang merupakan gugusan tanah tinggi yang menjadi tulang belakang keseluruhan tanah besar di negeri Sabah dan mempunyai puncak purata ketinggian kira-kira 2,579 meter bersamaan dengan (8,462 kaki) daripada paras laut. Jika kita dapat melihat kedudukan gunung ini dari sudut geografinya, kita akan mendapati, banjaran crocer yang berpunca daripada Gunung Kinabalu dan kemudian mengunjur kearah timur laut di bahagian pendalaman utara, menjadikan puncak Gunung Tambayukan ini terletak berhampiran dengan penjuru pertembungan sempadan tiga buah daerah iaitu Daerah Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud. Walau bagaimanapun, keseluruhan kawasan dan puncak tertinggi bagi Gunung Tambuyukon ini berada dalam kawasan Daerah Ranau sekaligus terkandung dalam gazet kawasan hutan simpan Taman Negara Kinabalu:Kinabalu Park.
Gunung Tambuyukon mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung yang mana sebahagian besarnya tergolong dalam spesis Herba yang mempunyai nilai tinggi dari sudut perubatan tradisional juga berpotensi sebagai penyumbang yang tinggi dalam dunia kajian perubatan moden.

No comments:

Post a Comment