Adalah satu anugerah yang jarang disyukuri manusia. Biasa yang kita dengar. Si pelajar bersyukur dengan markah perperiksaan yang cemerlang. Si suami bersyukur mendapat isteri yang soleh. Si ibu bersyukur di kurniakan anak-anak yang bijak pandai. Pendek kata, di dunia ini manusia akan bersyukur apabila mendapat perkara yang diingini.
Namun satu perkara yang munglkin lupa disyukuri oleh kebanyakan manusia adalah nikmat lahir sebagai seorang islam. Apabila lahir saja, kita diazankan, nama pula diberikan berserta bin dan bintikan bapanya, tandanya kita seorang yang beragama islam.
Namun adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup sebagai islam? Adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup seiring dengan penyaksian shada yang menjadi kinciu keislaman mereka? Berapa ramai orang islam yang masih menari terlompat-lompat di pusat hiburan. Berapa ramai wanita islam yang mengandung anak luar nikah. Berapa ramai pasangan islam yang membuang anak hasil hubungan terlarang. Berapa ramai orang islam yang masih meneguk arak ketika mengalami tekanan. Lihatlah, dengarlah dan renunglah dengan hati, adakah itu tanda kesyukuran kita dengan anugerah kita dilahirkan sebagai seorang islam.
Lihatlah manusia yang tiada agama. Mereka Berjaya dalam kehidupan. Rumah besar, pangkat besar, pendek kata semua yang diimpikan menjadi nyata. Namun alngkahsedihnya melihat mereka bertindak apabila tertekan. Ada yang terjun bangunan. Ada yang terjun landasan kereta api. Kalau difikirkan, mana mungkin orang berpelajaran tinggi sanggup mengambil jalan semudah itu sebagai penyelesaian kepada tekanan diri. Yang jelas disitu, mereka tiada tempat mengadu. Mereka tidak tahu imana mahu mengadau.
Cukup berbeza dengan orang islam. Keindahan islam itu jelas dan nyata. Kita punya ALLAH S.W.T, Tuhan yang Maha Esa sebagai tempat mengadu. Tidakkah kita renung kembali. Walaupun setiap hari melakukan dosa, setiap hari membuat ALLAH murka, tapi jika kita menadah tangan berdoa dengan yakin, ALLAH pasti kabulkan permintaan kita. Kita sedih, ALLAH memujuk. Kita gembira ALLAH mengingatkan.
Saat kita rasa kita tidak mampu, ALLAH pujuk hati kita,
“ALLAH tidak membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hokum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berima’aflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”(2:286)
Saat kia rasa dalam dilema, nak belajar ke tak pergi usrah. Report banyak ni. Mana sempat nak siap. ALLAH bantu kita memilih,
“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu : “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya ALLAH akan memberikan kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan : “berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(58:11)
“(i\yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”(61:11)
Saat kita rasa dosa menggunung. Seakan-akan tiada lagi peluang pengampunan,ALLAH menyakinkan kita dalam kalamNya;
“Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memp[erbaiki diri, maka sesungguhnya ALLAH menerima taubatnya. Sesunguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(5:39)
Banyak sekali janji ALLAH dalam kalamNya. Jika hidpup benar-benar berpandukan kepada Al-quran ini, SUBHANALLAH. Pasti yang sedih tidak dirintih, yang gembira tidak dirai berlebih-lebihan. Malah dalam solat lima waktu setiap waktu solat, sekurang-kurangnya lima kali sehari kita ulang doa-doa yang sama dalam surah AL-Fatihah. Bertapa kita mengaku ALLAH S.W.T. Tuhan sekalian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang menguasai hari pembalasan. Bertapa kita mengaku hanya ALLAH tempat kita sembah dan meminta pertolongan. Bertapa kita memohon kepada ALLAH untuk tunjuki kita jalan yang lurus. Lengkap, melingkungi keseluruhan kehidupan kita. Namun kadang-kadang tidak termampu untuk menghayati doa-doa dalam solat kerana kadang-kadang dalam solatlah kita akan teringat mana kita letak barang yang kita tidak jumpa, dalam solat jugalah kita terfikir nak makan apa lepas solat. Macam-macam gangguan syaitan yang hinggap. Iman didada sebagai senjata penyelamat manusia dari mengikut hasutan syaitan yang membawa ke neraka jahanam.
Sekarang nilai kembali. Mengapa kita merungut apabila kita sedih? Mengapa mudah sangat perasan diri bagus apabila Berjaya? Mengapa mudah sangat mencari dan mencela kesilapan orang lain? Mengapa susah sangat mengingati ALLAH setiap masa? Mengapa susah sangat nak belajar untuk bantu agama ALLAH? Mengapa berkira sangat masa dengan ALLAH S.W.T.?
ALLAH Maha Penyayang, ALLAH Maha Pengampun. ALLAH Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Semua yang indah hanya ada pada ALLAH S.W.T. tidakkah terdetik perasaan malu walau sdikit kepada ALLAH apabila terlalu banyak nikmatnya tidak kita syukuri. Macam muka tak malu saja guna pemberian ALLAH tanpa bersyukur. Syukur itu bukan sekadar ucapan dibibir, syukur itu hadir bersama-sama kerendahan hati selaras dengan perbuatan mensyukuri.
Bersyukurlah kita orang islam, bersyukurlah kita ada ALLAH S.W.T tempat mengadu.
Halaman
7 Apr 2013
SYUKUR KITA ORANG ISLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment