Halaman

23 Aug 2011

RUKUN ISLAM


* Mengucap Dua kalimah Syahadah.
* Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
* Mengeluarkan zakat.
* Berpuasa bulan Ramadhan.
* Menunaikan Haji bagi yang mampu.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH :
Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM :
Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh.

MENGELUARKAN ZAKAT :
Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

BERPUASA DIBULAN RAMADHAN :
Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU :
Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas orang yang mampu, dengan syarat tertentu dan pada waktu yang tertentu.

No comments:

Post a Comment