Halaman

23 Aug 2011

ADAB TERHADAP IBUBAPA



Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah :

  1. Mengandung 
  2. Melahirkan 
  3. Menyusukan 
  4. Mengasuh 
  5. Mendidik 
  6. Memberi nafkah 
  7. Mengasihi

Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang. 
 
Cara menghormati ibu bapa : 

  1. Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka. 
  2. Mendoakan mereka. 
  3. Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan. 
  4. Menghormati sahabat-sahabat mereka.

Cara mentaati ibu bapa ialah :

  1. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 
  2. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa. 

Cara berbakti kepada ibu  bapa ialah : 
 

  1. Memberi sumbangan kebendaan, terutama katika mereka dalam keadaan susah. 
  2. Melayani mereka supaya tidak hiba dan kesunyian. 
  3. Merawati mereka ketika sakit. 
  4. Membantu mereka menyempurnakan ibadat seperti menolong mengambil wuduk. 
  5. Menjaga mereka ketika tidak berupaya.

Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang membawa kepada balasan buruk daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat. 

No comments:

Post a Comment