Kadang-kadang kesedihan datang seiring dengan kehidupan kita. Ada orang rasa hidup dia seringkali ditimpa kesedihan, malah lebih banyak kesedihan berbanding kegembiraan. Kita yang sedang mencari sokongan dan kekuatan atas jalan yang dipilih mula keliru, perlu ke kita meneruskan jalan yang dipilih? Mengapa seakan-akan banyak halangan atas jalan itu. Kita memilih untuk bersama berada di atas jalan dakwah, kita berazam melapangkan masa kita untuk majlis ilmu kerana kita yakin dengan janji Allah.
“Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (58:11)
Namun, dalam kita mencari kekuatan itu, banyak pula dugaan yang menimpa. Dalam kita luangkan masa untuk majlis ilmu, report kita mula huru-hara, kerja rumah entah kemana. Kita mula rasa dakwah adalah halangan. Sebab pergi majlis ilmu la kita gagal siapkan report. Namun kita tak pernah fikir, ada juga waktu 24 jam yang diberi, kita gunakan untuk hiburan sedangkan masa yang Allah beri ini tidak layak langsung kita gunakan untuk dunia. Kalau guna untuk majlis ilmu dan belajar semata-mata mesti semua kerja berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku.
Seringkali kita berdoa supaya Allah membantu kita membuang jahiliah dalam diri kita. Kita berdoa agar Allah membuang sifat mazmumah dalam diri kita. Suatu hari, berlaku perkara yang membuat kita sangat sedih, sangat marah, tak boleh terima. Rupanya kita tak sedar Allah sedang tarbiyah kita secara langsung. Kita tak sedar perkara yang berlaku sedang menguji kita bagaimana kuatnya kita membuang sifat-sifat jahiliah kita seperti pemarah, tak sabar dan sebagainya.
Hakikatnya, dalam kehidupan ini tiada yang buruk sebenarnya. Jika kita benar-benar yakin dengan takdir Allah, jika kita benar-benar yakin dengan pertolongan Allah dan jika kita benar-benar yakin dengan janji Allah.
Halaman
24 Aug 2011
BIARLAH BERAKHIR DIATAS JALANMU
“Ya Allah,
Seringkali aku merasa sunyi dan sedih
Seringkali aku rindu nasihat dan dorongan rakan
Hakikatnya aku lupa
Aku lupa Ya Allah, Engkau sentiasa ada bersama-samaku
Engkaulah rakan yang paling setia rupanya
Engkaulah teman yang tak pernah tinggalkan aku
Ya Rabbana,
Seringkali diri ini merasa sedih
Geram dan tercabar
Atas perkara yang berlaku dalam kehidupan
Rupanya aku terlepas pandang
Engkau sedang mentarbiyah diri hina ini
Subhanallah, betapa agongnya cara Engkau mentarbiyah
Tidak kulihat dengan mata kasar
Namun dapat kulihat setelah kubuka mata hati
Ya Rabbul Izzati,
Ampunkan dosa hambaMu ini
Kerana seringkali aku lupa mengadu padaMu
Saat kutadah tangan berdoa
Betapa terlalu banyak masa berlalu bagitu saja
Entah ada redhaMu entah tidak
Jarang sekali aku fikirkan
Kini baru kusedar
Dunia ini kehidupan pinjaman
Apalah sangat ertinya jika kuterus bersedih
Dengan isi-isi dunia yang sementara sifatnya
Kini langkah baru kuatur kembali
Berbekal keyakinan dalam janji-janjiMu dalam kalamMu
Berbekal tekad dihati aku terus bersabar
Takkan ku hirau lagi
Mulut-mulut bising yang menghina
Takkan kuhirau lagi
Wajah-wajah sinis mereka
Kerana aku yakin
Engkau sentiasa ada membantu
Takkan ku hirau lagi
Hujah-hujah mereka yang menentang
Biar aku seorang
Biar tiada lagi yang menyokong
akhir nafas dan titis darahku
biarlah berakhir atas jalanMu
Kerana tekadku menggapai redhaMu
Kerana tekadku menuju syurgaMu
Semoga kasihMu mengiringi
Semoga cinta padaMu sentiasa melekat dihati insan kerdil ini
Kerana akhir hidupku
Aku kembali jua kepadaMu”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment