Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa masalah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana allah S.W.T mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yangnpenuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah S.W.T kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus meminta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hanbaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat bertapa saying dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmanya.
Alihkan pandangan matamu kea rah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu kea rah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan ??? berdoalah kepada Allah , Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah S.W.T. selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa member kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bias hidup berseorangan.
Read more...
Halaman
27 Aug 2011
CINTA YANG SEBENAR MELALUI KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasul SAW dengan suara terbatas memberikan khutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kpd-Nya. Kuwariskan dua perkara pd kalian, Al-Qur'anul Karim dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, berarti mencintai aku dan kelak org-org yg mencintaiku akan msk surga bersama-sama aku".
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul SAW yg tenang dan penuh kasih menatap sahabatnya satu per satu.
Abu Bakar r.a. menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar r.a.dadanya bergemuruh, naik turun menahan tangisnya, Usman r.a. menghela nafas panjang, dan Ali r.a. menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua" keluh hati semua sahabat di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasul SAW yg berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yg hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasul SAW masih tertutup.
Sedang di dalamnya, Rasul SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yg berkeringat dan membasahi pelepah kurma yg mjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.' Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik...
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.
'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu...
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..
Berselawatlah ke atasnya :
"Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi "
Sebarkan riwayat ini jika kalian mencintai Rasulullah SAW…
Read more...
TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN, KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN
Akhbar tempatan ada melaporkan bahawa kajian daripada Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa orang dewasa di negara kita didapati memasukkan tujuh sudu teh atau 51 gram gula sehari dalam minuman mereka, iaitu melebihi pengambilan gula yang disyorkan oleh WHO, iaitu tidak lebih 50 gram.
Ini belum lagi ditambah dengan gula yang dijadikan ramuan dalam kuih-muih, bubur, kek, ais krim, coklat dan sapuan roti yang kita makan setiap hari.
Secara kalkulatifnya, seseorang individu perlu menaiki tangga setinggi 14 tingkat untuk membakar 20 kilo kalori tenaga yang dibekalkan dalam satu sudu teh gula
Maka, untuk membakar purata 7 sudu teh gula yang diambil oleh rakyat Malaysia, mereka perlu menaiki tangga setinggi 98 tingkat untuk membakar 140 kilo kalori tenaga sehari!
Gula yang tidak dibakar oleh kerja-kerja harian yang mencukupi akan disimpan sebagai lemak, dan ini merupakan antara punca meningkatnya kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa di Malaysia.
Begitu juga dengan risiko penyakit kencing manis, atau Type 2 Diabetes yang seterusnya memberi kesan kepada :-
Tidak lupa juga kepada risiko gangrene yang seterusnya mesti dipotong untuk mengelakkan daripada merebak kepada bahagian badan yang lain.

- Mata (Diabetic Retinopathy)
- Saraf (Diabetic Neuropathy)
- Buah pinggang (Diabetic Nephropathy)
- Atherosclerosis dan darah tinggi
Tidak lupa juga kepada risiko gangrene yang seterusnya mesti dipotong untuk mengelakkan daripada merebak kepada bahagian badan yang lain.
Read more...
JANGAN MEMINTA-MINTA MATI
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :-
“Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan mati...kanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” ~ Riwayat Bukhari dan Muslim ~
Huraian Pengajaran Hadith :-
1. Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
2. Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
3. ALLAH S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

MENJAHIT CINTA TULUS
MEMAHAMI HIKMAH DARI UJIAN DALAM KEHIDUPAN
Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.
Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan. Hakikatnya Tuhanlah yang mendatangkan ujian itu.
Ujian yang datang ada tiga peringkat atau untuk tiga golongan manusia.
Peringkat Pertama :-
Untuk peningkatan darjat.
Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi. Di dunia dia banyak berbuat amal soleh, amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya. Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian. Ujian seperti ini adalah untuk para rasul, para nabi, para wali dan paling rendah ialah orang soleh. Ujian paling berat kita lihat dalam sejarah seperti yang ditanggung oleh para nabi dan rasul yang mana ia sangat bersesuaian sekali dengan tingginya darjat mereka.
Peringkat kedua :-
Untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan.
Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil. Ini adalah kerana manusia biasa bukannya maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa.
Jadi segala ujian ini Allah berikan tidak sia-sia dan ia ada dua tujuan :-
1. Penghapusan dosa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Walaupun hamba-hamba-Nya telah berbuat dosa tapi masih diberi peluang untuk membersihkan dosa sebelum pulang ke pangkuan-Nya dengan jalan diberikan ujian-ujian. Kesabaran dan redha dalam menerima ujian itu akan dinilai oleh Allah sebagai penghapusan dosa.
2. Untuk ‘post-moterm’ diri.
Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,
“Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”
Manusia apabila ditimpa musibah sebagai ujian hidupnya, dia akan mudah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika tidak dia akan mudah lupa daratan, merasa diri hebat, tidak mahu terima pandangan orang lain. Ujian ini bagi orang yang faham ialah didikan terus dari Allah SWT. Tetapi jika seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang didatangkan, ia akan hilang pertimbangan dan tidak boleh menilai tujuan baik Tuhan dalam memberi ujian itu. Orang yang tidak redha ini biasanya disebabkan tidak faham akan ilmunya. Jika ilmu mengenai ujian itu sendiri tidak ada, bagaimana pula hendak mengamalkannya?
Peringkat ketiga :-
Bala atau hukuman dari Tuhan,
Diperingkat ini ujian terbahagi pula kepada dua :-
1. Untuk orang-orang kafir.
Ujian diturunkan untuk semua peringkat manusia bukan untuk orang Islam sahaja bahkan termasuk juga orang-orang bukan Islam. Mereka juga menghadapi musibah kesusahan, kesedihan, mala petaka seperti gempa bumi, kebakaran, kematian dan sebagainya. Tetapi oleh kerana mereka itu orang-orang yang tidak beriman maka segala ujian yang ditimpakan ke atas mereka itu tidak boleh meningkatkan diri mereka itu menjadi baik. Malah mereka menjadi semakin jahat, semakin jauh dari Tuhan. Jika mereka boleh bersabar sekalipun dengan ujian tersebut, tiada pahala dan apa-apa kebaikan Akhirat untuk mereka.
2. Untuk orang Islam
Iaitu orang-orang Islam yang sudah terlalu jahat atau terlalu zalim dan sudah tidak boleh diinsafkan lagi. Tujuan didatangkan ujian di dunia ialah kerana Tuhan hendak hukum dia di dunia lagi sebelum di Akhirat. Jika ujian yang Allah berikan di dunia itu dapat menyedarkannya, maka selamatlah dia di Akhirat kelak. Itu pun jika dia faham akan hikmah yang tersirat dalam ujian itu. Kesimpulannya jika kita diuji oleh Allah, lebih baik kita anggap diri kita dalam golongan peringkat kedua kerana golongan dalam peringkat yang pertama hanya untuk orang yang luar biasa iaitu para nabi dan rasul.. Kita anggap diri kita golongan yang banyak berdosa kepada Tuhan dan layaklah kita dihukum. Manakala
3. Untuk orang yang jahat.
Kalau selepas diuji dia bertaubat, betulkan sembahyang, berpuasa, bermaaf-maafan, bertolong bantu, insya-Allah di samping Allah mengampunkan dosa kita, Tuhan juga akan
selesaikan masalah kita.

CINTA DALAM DIAM
Jika Belum Bersedia, Cintai Ia Dalam Diam
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .” (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist) "
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)
Cukup cintai ia dalam diam…
bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan…
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…
Maka cintailah ia dengan keikhlasan
karena tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?
"…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
karena tiada yang tahu rencana Tuhan… mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan… serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…
“ Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ” (Umar bin Khattab ra.)

CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN
“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (al-Hadid: 20)
Kematian adalah lumrah kepada setiap kehidupan. Mati juga adalah kembar kepada hidup. Tidak terlewat sesaat dan tidak juga dipercepatkan sesaat. Mati tidak menunggu kita tapi kitalah yang menunggu kematian. Countdown kematian tiada siapa yang boleh membilang. Tempoh kehidupan tak siapa berani merancang. Yang dirancang ialah apa yang bakal ditinggalkan dan apa yang hendak dibekalkan.
Tanya pada diri kita berapa yang kita peruntukkan untuk bekalan ditinggalkan dan berapa pula untuk yang dibawa.selepas tanya diri periksa la pula kualiti bekalan yang mungkin luput tarikhnya, sudah lama tidak di upgrade, tidak ditambah nilai dan semakin kusam. Maka dari situ kita gilap dan tambah kembali bekalan tadi hingga jemu. Maka jemu itu menjadikan detik-detik kematian terus saja berjalan menghampiri tanpa henti.
Kematian adalah pintu kehidupan sebenar. Kehidupan yang kekal abadi tiada lagi kematian di kehidupan ini. Persiapkan lah diri untuk menuju ke alam itu. Alam yang tiada penghujungnya dan kematian tiada lagi mengejar.
Tanyalah pada diri kita adakah kita sedang mengejar kehidupan selepas kematian. Adakah kita ingin kekal kepada kehidupan dunia sebagaimana kepercayaan orang kuno ??? demikian berakar umbi hal ini sehingga orang-orang mesir kuno meyakini kebenaran keabadian manusia, sehingga mereka menciptakan kaedah yang dapat megawet ratusan bahkab ribuan tahun.
Konon Socrates pernah berkata, sebagaimana dikutip oleh Asy-Syahrastani dalam bukunya Al-Milal wa An-Nihal (1:297),
"Ketika aku menemukan kehidupan (duniawi) kutemukan bahwa akhir kehidupan adalah kematian,
namun ketika aku menemukan kematian, aku pun menemukan kehidupan abadi. Kerana itu, kita harus prihatin dengan kehidupan (duniawi) dan bergembira dengan kematian. Kita hidup untuk mati dan mati untuk hidup."
Namun bagiku dan anda cukuplah…cukuplah mati sebagai peringatan..

25 Aug 2011
KATA2 HIKMAH
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

KESAH NERAKA JAHANAM
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

KESAH KERBERKATAN DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

NASIHAT IMAM SYAFIEE DALAM MENCARI SAHABAT
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akanberasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, Aku semakin percaya diri. Mencari sahabat pada waktu susah Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. Sukarnya mencari sahabat sejati Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. Sahabat sejati pada waktu susah Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. Rosaknya keperibadian seseorang Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. Menghormati orang lain Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi musuh Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai. Tipu daya manusia Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan member petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tempat menggantungkan harapan Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati. Menjaga nama baik Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..
Read more...
Read more...
AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT
Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."
Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu.. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu.. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

DOA KHATAM Al-QURAN
Dimula dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan semestar alam sebagai puji daripada seorang yg bersyukur dan kesudahan yg baik bagi orng bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Ai-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yg aku terlupa daripada ayat-ayat Ai-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yg belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujan dan bagiku ( untuk menyelamatkan daku di akhirat ), wahai Tuhan Sekalian Alam.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempatkembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan Mu.
Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amalan, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah ( kakiku di atas sira-Mu ) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepda-Mu apa-apa yang menwajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami dengannya ke syurga-Mu,
Kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, pengelihatan-pengelihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih hidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engakau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan ornag yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau berikan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang maha Penyayang antara yang penyayang.
Wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah kami kebaikan didunia dan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.
Selawat Allah dan sal;am yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

24 Aug 2011
SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMANYA
Renungan ku dan renungan mu,
aku redha dengan perpisahan ini Ya Allah,
aku bersyukur di atas perpisahan ini,
kerana ku yakin engkau maha mengetahui segalanya,
mungkin si dia bukan terbaik untuk diriku.
Ya Allah...
aku berserah segalanya pada Mu.
Kurniakan lah kebahagiaan pada dirinya,
hadirkah lah insan yang terbaik buat dirinya,
semoga dirinya tidak terus hanyut di buai mainan dunia yang hanya sementara.
Ya Allah...
ku tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan,
mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami,
namun aku redha dan pasrah jika ini merupakan hukuman dari Mu pada ku,
daku bermohon pada Mu hadirkan lah kebahagiaan yang abadi,
bantulah diriku mencari ketenangan di sebabkan perpisahan ini.
Ku memohon petunjuk Ilahi hadirkanlah insan sejati,
menemani kesepian mendamaikan sekeping hati ini
Ya Allah....
Hanya cinta Mu yang ku harapkan,
hanya kasih Mu yang ku dambakan,
andai dia sang muslimah Kau utuskan buat perantaraan aku terima dengan redha.
Namun padanya ingin ku berpesan,
maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna dia adalah milikNya,
maaf jika ketaatan ku tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna ia milikNya,
maaf jika cinta ini bukan sepenuhnya untuk mu,
kerna ia adalah milikNya,
namun jika insan lain jadi perbandingan kau tetap akan ku cinta hati ku tetap pada mu,
andai jika tidak dapat ku miliki sepenuhnya lantas ku menjauhi,
aku redha kerna Dia mengatasi segalanya.
Ya Allah...
Aku pasrah andai di takdirkan bersendirian sehingga ke akhir hayat dikala nafas terhenti.
Kerna ku yakin cinta ku padaNya cinta azali.
Kerna janjiNya adalah janji yang pasti.
Kerna Dia tidakkan mempersiakan.
Kerna Dia takkan mengecewakan.
Lantas ku akur,
ku bukakan hatiku seluasnya serta minda ku pemberianNya.
Kuterima sang hakikat dengan penuh ketenangan sesungguhnya perjalanan ini telah tertulis,
rentetan hayat ini telah terurat.
Ya Allah...
kurniakan lah aku isteri dan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata penenang jiwa,
kurniakan daku isteri suri dalam hidupku penyejuk mata penawar di hati
di dunia dialah penyeri di syurga menanti.
Dia bidadari di tangan Mu,tuhan ku sedar impian penentu jodoh pertemuan,
seandainya dirinya tercipta untuk ku relakan aku menjadi miliknya....Amin

JIKA KITA MATI
Pejam celik pejam celik, sudah lebih 10 hari kita bernafas dibulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan ini juga, buka sahaja helaian akhbar, hampir kesemua muka-muka depan akhbar bercerita tentang kematian. Cerita tentang kematian warga tua yang kemalangan ketika pulang membeli juadah berbuka puasa. Cerita tentang kanak-kanak yang telah 5 tahun menderita sakit akhirnya menghembuskan nafas terakhir di bulan yang mulia ini. Cerita tentang pemuda mati dipukul along. Dan yang terbaru, kisah kematian kanak-kanak yang melambung ke atas pokok akibat letupan mercun yang kuat.
Hakikatnya, kematian itu suatu kenyataan yang pasti. Dan ada pujangga berkata, kematian akan berlaku diantara dua waktu solat kita. Maka jalani ibadah solat kita sebaik mungkin seolah-olah itu solat terakhir kita. Mungkin sukar difikirkan, dan mungkin tidak pernah pula kita fikir, andai ketika ini adalah saat terakhir kita bernafas.
Andai kita mati sesaat lagi;
Adakah amal ibadah kita sekarang mampu membawa kita ke syurga Allah? Sedangkan syurga Allah itu bukan calang-calang orang yang mampu menjejakinya. Jadikan setiap ibadah adalah ibadah yang terbaik dan semoga istighfar dan kata taubat sentiasa terucap dibibir dan dihayati dalam hati disetiap saat kita bernafas.
Andai kita mati seusai waktu sahur nanti;
Adakah terjamin kita tiada dosa dengan Allah? Adakah terjamin kita tiada dosa dengan ibu bapa? Adakah terjamin kita tidak pernah buat guru-guru kita berkecil hati? Dan adakah terjamin tidak pernah sekalipun kita buat salah dengan sahabat-sahabat kita? Sentiasalah memohon maaf dan yang paling indah dalam hidup, sentiasa menjadi seorang yang pemaaf juga pemberi maaf.
Andai kita mati esok hari;
Mungkinkah ada amalan-amalan yang dapat membela kita di hari pembalasan? Jika punya anak-anak, adakah anak-anak kita itulah anak soleh dan solehah yang akan mendoakan kita kelak? Bagaimana pula dengan sedekah jariah kita? Adakah kita insan yang sentiasa menghulur bantuan kepada yang memerlukan? Adakah kita sang ikhlas bersedekah? Atau kita orang yang tersenyum sendirian tatkala mengingat kembali berapa keping duit yang kita sedekahkan sepanjang hidup. Atau mungkin juga kita ini sang riak dengan sedekah jariah yang kita beri selama ini.
Andai kita mati seusai terawih esok hari;
Adakah kita mati sebagai insan yang benar-benar dituntut Allah s.w.t? Adakah kita benar-benar melaksanakan dua tujuan kehidupan kita? Adakah kita insan yang beribadat dengan bersungguh-sungguh? Adakah kita insan yang tidak jemu meraih redha Allah? Adakah kita insan yang tidak jemu membantu agama Allah? Atau kita insan yang acuh tak acuh dalam ibadah. Atau kita insan yang sentiasa rasa cukup dengan ibadah kita. Atau kita insan yang telah putus asa membantu agama Allah s.w.t.
Mungkin kadang-kadang kita rasa kita sudah jemu hidup bersyariat. Mungkin kadang-kadang kita rasa kita sudah puas beribadah. Mungkin kadang-kadang kita rasa mahu berputus asa berdakwah dijalan Allah. Mungkin kadang-kadang sekecil-kecil perkara mampu membuat kita melemah untuk terus berada atas jalan dakwah. Sedangkan hakikatnya ibadah dan dakwah adalah nafas kita. Selagimana kita bernafas, selagi itulah ibadah dan dakwah bersama-sama kita.
Semoga dibulan Ramadhan ini, kita bernafas dalam ibadah yang ikhlas dan tidak lupa juga bernafas dalam dakwah yang berterusan

BIARLAH BERAKHIR DIATAS JALANMU
Kadang-kadang kesedihan datang seiring dengan kehidupan kita. Ada orang rasa hidup dia seringkali ditimpa kesedihan, malah lebih banyak kesedihan berbanding kegembiraan. Kita yang sedang mencari sokongan dan kekuatan atas jalan yang dipilih mula keliru, perlu ke kita meneruskan jalan yang dipilih? Mengapa seakan-akan banyak halangan atas jalan itu. Kita memilih untuk bersama berada di atas jalan dakwah, kita berazam melapangkan masa kita untuk majlis ilmu kerana kita yakin dengan janji Allah.
“Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (58:11)
Namun, dalam kita mencari kekuatan itu, banyak pula dugaan yang menimpa. Dalam kita luangkan masa untuk majlis ilmu, report kita mula huru-hara, kerja rumah entah kemana. Kita mula rasa dakwah adalah halangan. Sebab pergi majlis ilmu la kita gagal siapkan report. Namun kita tak pernah fikir, ada juga waktu 24 jam yang diberi, kita gunakan untuk hiburan sedangkan masa yang Allah beri ini tidak layak langsung kita gunakan untuk dunia. Kalau guna untuk majlis ilmu dan belajar semata-mata mesti semua kerja berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku.
Seringkali kita berdoa supaya Allah membantu kita membuang jahiliah dalam diri kita. Kita berdoa agar Allah membuang sifat mazmumah dalam diri kita. Suatu hari, berlaku perkara yang membuat kita sangat sedih, sangat marah, tak boleh terima. Rupanya kita tak sedar Allah sedang tarbiyah kita secara langsung. Kita tak sedar perkara yang berlaku sedang menguji kita bagaimana kuatnya kita membuang sifat-sifat jahiliah kita seperti pemarah, tak sabar dan sebagainya.
Hakikatnya, dalam kehidupan ini tiada yang buruk sebenarnya. Jika kita benar-benar yakin dengan takdir Allah, jika kita benar-benar yakin dengan pertolongan Allah dan jika kita benar-benar yakin dengan janji Allah.

“Ya Allah,
Seringkali aku merasa sunyi dan sedih
Seringkali aku rindu nasihat dan dorongan rakan
Hakikatnya aku lupa
Aku lupa Ya Allah, Engkau sentiasa ada bersama-samaku
Engkaulah rakan yang paling setia rupanya
Engkaulah teman yang tak pernah tinggalkan aku
Ya Rabbana,
Seringkali diri ini merasa sedih
Geram dan tercabar
Atas perkara yang berlaku dalam kehidupan
Rupanya aku terlepas pandang
Engkau sedang mentarbiyah diri hina ini
Subhanallah, betapa agongnya cara Engkau mentarbiyah
Tidak kulihat dengan mata kasar
Namun dapat kulihat setelah kubuka mata hati
Ya Rabbul Izzati,
Ampunkan dosa hambaMu ini
Kerana seringkali aku lupa mengadu padaMu
Saat kutadah tangan berdoa
Betapa terlalu banyak masa berlalu bagitu saja
Entah ada redhaMu entah tidak
Jarang sekali aku fikirkan
Kini baru kusedar
Dunia ini kehidupan pinjaman
Apalah sangat ertinya jika kuterus bersedih
Dengan isi-isi dunia yang sementara sifatnya
Kini langkah baru kuatur kembali
Berbekal keyakinan dalam janji-janjiMu dalam kalamMu
Berbekal tekad dihati aku terus bersabar
Takkan ku hirau lagi
Mulut-mulut bising yang menghina
Takkan kuhirau lagi
Wajah-wajah sinis mereka
Kerana aku yakin
Engkau sentiasa ada membantu
Takkan ku hirau lagi
Hujah-hujah mereka yang menentang
Biar aku seorang
Biar tiada lagi yang menyokong
akhir nafas dan titis darahku
biarlah berakhir atas jalanMu
Kerana tekadku menggapai redhaMu
Kerana tekadku menuju syurgaMu
Semoga kasihMu mengiringi
Semoga cinta padaMu sentiasa melekat dihati insan kerdil ini
Kerana akhir hidupku
Aku kembali jua kepadaMu”
Read more...
KASIH SAYANG ALLAH S.W.T
Seorang lelaki sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah S.W.T.. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya. Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah S.W.T.. "Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.
"Bagaimana boleh… Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah S.W.T.

ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah S.W.T. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

JENAZAH BERUBAH
Seorang anak mendatangi Rasulullah S.A.W. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah S.A.W. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah S.A.W. memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah S.W.T. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah S.A.W. menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah S.A.W. menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

HIKMAH TINGGALKAN BOHONG
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah S.A.W. menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah S.A.W. itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah S.A.W. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah S.A.W. bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah S.A.W. itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

NAFSU YANG DEGIL
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

SAHABAT
Nasihat al-Qamah :- Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah S.A.W) kepada anaknya :-
Pertama,Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
SAHABAT
Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT. . .Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benarbersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah ku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: 'Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?' Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah.
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
Rosaknya keperibadian seseorang.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi musuh.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusia.
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..

YA ALLAH TERIMA KASIH DIATAS KELUKAAN
Ya Allah...
Bersama hari-hari semalam penuh luka,
ku lalui hidup ini biar pun penuh luka dan sengsara,
Ya hari semalam telah mengenalkanku erti sebuah derita percintaan.
Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti sebuah kebahagiaan mencintai dan di cintai,
akhirnya memaksa aku menelan pahit getir perpisahan yang tak terduga.
Ya Rahim...
Bukan ku pinta pertemuan....
jika akhirnya perpisahan yang mendatang.
Bukan ku rayu diriku di cintai jika akhirnya ku di tinggalkan.
Benarkah kata orang manis itu hanya di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika tidak di kotakan.
Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hati mu sedangkan kau hanya mahu mempermainkan perasaan ku?
Butakan cinta atau bersalahkah diriku terlalu mengharapkan untuk mengisi bunga-bunga cinta segenap ruang hati ku?
Ya Rabbana...
Ku tahu cinta bukannya paksaan,
hanya bercinta membuat hati kita merana tapi cinta kita bukannya paksaan.
Kita saling cinta mencintai namun hati ku merana jua.
Benar kata orang tua-tua cinta yang tidak di sirami dengan bunga-bunga kejujuran,keiklasan dan berakar umbi niat kerana Allah akan menemui kegagalan.
Adakah aku sahaja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai diri mu....
sedangkan kau sewenang-wenangnya membunuh segala keiklasan dan kejujuran dalam bercinta.
Jika sesungguhnya hatimu benar ada cinta untukku tapi mengapa hati ku di lukai?
Sedarkah engkau luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk ku balutnya kembali.
Aku tak tahu adakah ku mampu untuk membalut luka yang amat dalam ini ku berserah hanya kepada-Nya.
Jika di hati mu hanya ada dendam untuk menyakiti hati insan seperti diriku padamkanlah ia kelak akan membakar jiwa mu jua kelak.
Siramilah api dendammu dengan cinta seorang lelaki.
Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerna kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk kau menanggungnya.
Cukuplah sekali hati di lukai kerna jika kedua kali mambuatkan hati serik untuk bercinta lagi.
Kelukaan yang kau tinggalkan buat ku,
sesungguhnya telah mendewasakan ku.
Terima kasih atas kelukaan itu,
akan ku rawat ia walaupun amat sukar untuk ku melakukannya.
Doaku semoga terbuka hati mu untuk mencintai seseorang dengan keiklasan dan kejujuran yang hakiki anugerah Ilahi,walau pun kelak insan itu bukan lah aku......wassala.
terlalu banyak yg kita pelajari dari hidup sebelum kita mati, dari itu jangan sesekali kita berputus asa dari Rahmat Allah sesungguhnya Dia Maha Melihat hambanya yg di sayangiNya, kerna itu di berikanNya berupa ujian kerna dengan ujianlah kita sedar siapa kita di sisiNya.....

BERSABAR DENGAN UJIAN
Hidup ini kita tak lari dari ujian, kadang kala ujian itu membuatkan diri kita rasa merasa lemah dan berputus asa. Ujian itu menandakan Allah sayang kepada kita. Apa jua ujian yang dihadapi.. Tolong ingat kepada Allah... InsyaAllah, Allah akan tolong kita, Allah akan permudahkan jalan utk kita menghadapinya... InsyaAllah... bersabarlah... kuatkanlah hati menghadapinya... Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bersabar. InsyaAllah. . .
Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan serta sebelum menuju ke negeri akhirat yg abadi. . .
Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. Mari sama-sama kita amalkan doa ini:
(Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)
Sama-samalah kita bina kekuatan di dalam diri kita, apabila bermacam-macam dugaan datang di dalam hidup kita, kerana Allah dekat dengan kita dikala ujian itu datang, jika kita mengingati NYA.

- KENAPA AKU DIUJI? “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
- KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45
- APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
- KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!! “… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. Mari sama-sama kita amalkan doa ini:
(Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)
Sama-samalah kita bina kekuatan di dalam diri kita, apabila bermacam-macam dugaan datang di dalam hidup kita, kerana Allah dekat dengan kita dikala ujian itu datang, jika kita mengingati NYA.
Read more...
23 Aug 2011
HARGAILAH MEREKA YANG BERADA DI DEPAN MATA
Pada suatu pagi dia satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih saying dan saying secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :-
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita saying ?? Macam mana juga kasih saying itu nak berkekalan ??
Cikgu : Oh , awak nak tahu ke ?? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang cikgu suruh. Ikut je ya…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat ???
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tampah menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok . Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik ??
Pelajar : Oh , tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tampa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya , itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita saying, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita saying , kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita saying itulah kita jumpa PALING cantik dan PALING baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

JANGAN SESEKALI KAMU
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan “aku cinta padamu” sedangkan didalam hati mu hanya nafsu yang bertahta.
Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanyanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal Soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang Beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati Orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan CINTA akan diriNYA..
Namun..
Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA padaNYA. .

AKU MERINTIH KASIH-MU
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku sedar akan pincanglah diri bila tanpa Mu mengiringi,
Dunia ini bagai terhenti setiap nadi berdenyut sepi sendiri,
Lambat kaku tidak bermanya tanpa kudrat dari Mu Ilahi,
Otak ku terhenti berfikir bagai mana manusia boleh hidup dalam keji,
Sedangkan setiap gerak geri makluk Mu dituruti rapi,
Apa perlu aku lakukan andai tanpa Mu disisi,
Rindu bagai membungkam ragaku tiada cahaya dihati,
Jiwa sesak dan kosong tidak berisi.
Mendengar kalam Mu bagai terhenti nafasku,
Untuk ku dengar masuk terus kejiwaku,
Agar jiwa ku tenang biarpun dalam sahdu,
Agar tidak terlepas setiap bibit kalam hikmah cahaya Mu,
Andai Tuhan mendengar rintihan ku,
Rintihan seorang hamba melutut kurniaan dari Mu,
Ingin sekali aku bertemu Mu andai ditakdirkan terhenti maya ini buat ku,
Agar inginku rasakan masa kesenangan itu lebih panjang dalam Syurga Mu itu.

RUKUN IMAN
Beriman kepada Allah.
Beriman Kepada Malaikat.
Beriman kepada Kitab.
Beriman kepada Rasul.
Beriman kepada Hari Akhirat.
Beriman kepada Qada dan Qadar.
Beriman kepada Allah?
Mengaku bahawa Allah SWT ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.
Beriman kepada :-
- Malaikat
- Kitab
- Rasul
- Hari Akhirat
- Qada dan Qadar
Beriman kepada malaikat :-
Mempercayai bahawa malaikat dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh ALLAH S.W.T.
Beriman kepada Kitab :-
ialah mempercayai bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya. Kitab-kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar.
Beriman kepada Rasul :-
Mengakui bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lekai-laki dan mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.
Beriman kepada Hari Akhirat ialah :-
Meyakini bahawa alam ini akan musnah, selepas itu manusia akan dihidupkan semula. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang engkar perintah Allah ditempatkan di neraka.
Beriman kepada Qada dan Qadar :-
Meyakini bahawa semua yang berlaku ke atas diri kita bahkan seluruh alam ini telah ditentukan oleh Allah
Read more...
ADAB TERHADAP IBUBAPA
Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah :
- Mengandung
- Melahirkan
- Menyusukan
- Mengasuh
- Mendidik
- Memberi nafkah
- Mengasihi
Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang.
Cara menghormati ibu bapa :
- Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka.
- Mendoakan mereka.
- Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan.
- Menghormati sahabat-sahabat mereka.
Cara mentaati ibu bapa ialah :
- Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
- Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa.
Cara berbakti kepada ibu bapa ialah :
- Memberi sumbangan kebendaan, terutama katika mereka dalam keadaan susah.
- Melayani mereka supaya tidak hiba dan kesunyian.
- Merawati mereka ketika sakit.
- Membantu mereka menyempurnakan ibadat seperti menolong mengambil wuduk.
- Menjaga mereka ketika tidak berupaya.
Derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar yang membawa kepada balasan buruk daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Read more...
RUKUN ISLAM
* Mengucap Dua kalimah Syahadah.
* Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
* Mengeluarkan zakat.
* Berpuasa bulan Ramadhan.
* Menunaikan Haji bagi yang mampu.
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH :
Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM :
Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh.
MENGELUARKAN ZAKAT :
Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
BERPUASA DIBULAN RAMADHAN :
Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU :
Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas orang yang mampu, dengan syarat tertentu dan pada waktu yang tertentu.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)