Halaman

18 Sept 2011

SAAT ALLAH S.W.T MELUPAKAN KITA




AT-Termizi meriwayatkan sebuah hadith dari Abu Said dan Abi Hurairah r.a. katanya : bahawa Rasulullah saw bersabda ( yang bermaksud ) :

Seorng manusia dibawa ke hadapan Allah swt pada hari akhirat lalu Tuhan bertanya kepadanya :


Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu, Harta benda, anak-aknak, haiwan dan binatang ternakan untuk kamu manfaatkan sebagai suatu kemudahan , segala pokok-pokok dan tumbuhan , dijadikan pemimpin dari kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul ( cukai dan seumpamanya ) dari orang ramai.
Ketika ( kamu menerima segala kurnia ) itu adakah kamu terfikir  tentang hari pertemuan dengan-Ku ??
Jawab orang itu : Sesungguhnya aku tidak pernag memikirkan untuk bertemu Engkau wahai Tuhan…
Pada hari ini Aku melupakan Engkau sebagaimana Engkau telah melupakan Aku.
Hadith riwayat At-Termizi ini menunjukkan dengan terang bahawa semua anugerah Tuhan seperti :
Pendengaran yang membolehkan mendengar suara bagi memudahkan manusia berkomunikasi sesame manusia.
Penglihatan yang membolehkan manusia melihat keindahan alam ciptaan Tuhan termasuk diri mereka sendiri.
Anak-anak yang memeriahkan kehidupan berkeluarga.
Harta kekayaan yang membolehkan manusia menikmati kehidupan yang sempurna.
Haiwan ternakan yang boleh diambil manfaatnya sama ada dimakan dagingnya atau digunakan sebagai kenderaan.
Tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan alam serta menerbitkan buah-buahan sebagai bahan makanan yang diperlukan.

Selain itu Allah swt menjadikan pemimpin dikalangan manusia dengan pemimpin dan kekuasaan yang dianugerahkan kepada manusia ,membolehkan mereka mengatur kehidupan manusia dan mentadbir Negara dengan sebaiknya.
Kemudian membolehkan pemimpin itu berkuasa mengatur sebahagian harta mereka sebagai cukai dan sebagainya.
Kepimpinan yang paling utama yang telah dedatangkan oleh Allah swt kepada manusia ialah para rasul dan nabi-nabi, mereka yang bertanguungjawab untuk menyampaikan ajaran yang berdasarkan wahyu Ilahi.
Dengan ajaran itu, akan  membawa manusia selamat didunia dan berbahagia di akhirat.
Tetapi adakah manusia menyedari adanya tuntutan di sebalik semua anugerah Allah swt.
Adakah manusia fikir hidup di dunia dan diberi segala kemudahan, maka mereka dibiarkan leka tanpa sebarang tujuan ??
Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Allah swt ketika manusia dibangkitkan semula di akhirat selepas peristiwa qiamat. Sedangkan Allah swt mengurniakan pendengaran mempunyai tanggungjawab untuk mendengar segala nasihat yang disampaikan oleh para nabi dan rasul ataupun para ulama yang berperanan menyampaikan dan meneruskan perjuangan para rasul.
Begitu juga penglihatan yang dianugerahkan Tuhan, sudahkah mereka pergunakan untuk meneliti ayat-ayat Allah samaada ayat yang makruh ( yang dibaca iaitu wahyu Allah ) atau ayat-ayat yang manzurah ( yang dilihat iaitu sekalian alam dan cakerawala ) kerana segala ayat-ayat tersebut menjadi dalil atau hujjah adaNya Allah swt yang Maha Berkuasa menciptakan a;am ini.
Adakah mereka terfikir bahawa pendengaran dan penglihatan serta lain-lain anugerah Allah swt itu sekadar untuk mereka berseronok dan berpoya-poya di dunia ini, sehingga mereka lupa pertemuannya dengan Allah di akhirat kelak ???Ternyata begitu ramai di kalangan manusia yang telah melupakan pertemuannya dengan Allah swt sehingga mengabaikan segala kewajipan yang diperintahkan Allah. Lantaran sebahagian besar manusia mengabaikan dan melupakan hari pertemuannya dengan Allah, maka demikian pula manusia dilupakan oleh Allah swt di akhirat kelak.
Firman Allah : ( iaitu ) orang-orang yang menjadikan agama sebagai main-mainan dan gurau senda, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari ( qiamat ) ini , kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan ( sebagaimana ) mereka mengingkari ayat-ayat Kami. ( Surah Al-Araaf : Ayat 51 )  


No comments:

Post a Comment