Halaman

28 Sept 2011

BICARA QALBU


~ Bicara Qalbu..♥
Usah dicari andai diri pergi..
Usah ditanya kemana arah tuju..
Usah rasa bimbang andai tiada khabar pengganti diri..
Usah rasa resah andai kelibat diri tidak kelihatan..
Usah rasa gusar pabila bayang diri menjauh..
Usah rasa cemas jika tidak mendengar keluhan pasrah..
Kerana . . .
semuanya adalah TAQDIR ALLAH S.W.T . . .
Untuk membimbing jiwa jua raga..
demi agama tercinta..
perjuangan yang tiada penghujungnya..
Semoga sentiasa diredhai..
walau seketika tercuit ragu..
Namun..
yakin dan tawaQal pembekal diri..
Semoga syahid idaman Qalbu..
milik semua para pejuang dijalan ALLAH S.W.T . .
Insya'ALLAH S .W.T. . .

Read more...

SIFAT TERPUJI


Sifat merendah diri sesama manusia merupakan sifat yang menghimpunkan manusia mengelilingi para dai'e. Ia adalah merupakan sifat terpuji warisan Rasulullah.

Sifat merendah diri yang dimiliki oleh setiap pekerja di dalam medan amal akan menghidupkan lagi suasana tolong menolong dan ukhuwwah.

Para pendakwah yang membekali diri mereka dengan ilmu, menghiasi diri dengan sifat berlembah lembut dan berakhlak dengan sifat merendah diri, tidak syak lagi merupakan orang layak dan mampu memainkan peranan dalam kerja-kerja perubahan di dalam masyarakat. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :-

“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.”

(Surah Al-Furqan - 63)

~ Dulu teringat ustaz penah ckp kalo brjalan biar menunduk,tgk ke tanah.. Bukan dongak ke langit. Org akan tahu kite merendah diri dan kite tahu mne asal usul kite iaitu dari tanah ~

Read more...

PERISTIWA


Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri...
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Read more...

BIARKAN . .



Biarkan hari-hari itu berlalu dengan segala 
peristiwanya,
dan sejahterakanlah jiwamu apabila qadar
memastikannya.

... Jangan engkau gelisah kerana kejadian-kejadian
sepanjang masa,
kerana peristiwa-peristiwa dunia tidak kekal selamanya.

Jadilah engkau lelaki kesatria dalam segala peristiwa
dengan berlapang dada dan murah hati,hiasilah
dirimu.

Duka dan suka tidak kekal selamanya,
Sengsara dan sejahtera juga tidak kekal selamanya.

Rezekimu tidak lari kerana terlambat-lambat,
ia juga tidak bertambah kerana berlelah-lelah.

Apabila engkau berhati pasrah,
samalah engkau dengan pemilik dunia.

Read more...

BILA WAKTUNYA


✿ Bila waktu aku susah, barulah aku ingat pada-MU
~•> ya Allah, Jahatnya aku~
✿ Bila waktu aku senang, aku enjoy dengan duniaku, dan melupakan-MU
~•> ya Allah, Teruknya aku~
✿ Bila waktu aku sakit, sepatutnya pada-MU tempat pertamaku bermohon tetapi yang sebaliknya aku lakukan,
... ... ... ... ~•> ya Allah, Bodohnya aku~
✿ Bila waktu aku sihat, aku tak teringat langsung untuk bersyukur pada-MU
~•> ya Allah, tak kenang budinya aku .. Astaghfirullahalazim. . .

Read more...

18 Sept 2011

SAAT ALLAH S.W.T MELUPAKAN KITA




AT-Termizi meriwayatkan sebuah hadith dari Abu Said dan Abi Hurairah r.a. katanya : bahawa Rasulullah saw bersabda ( yang bermaksud ) :

Seorng manusia dibawa ke hadapan Allah swt pada hari akhirat lalu Tuhan bertanya kepadanya :


Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu, Harta benda, anak-aknak, haiwan dan binatang ternakan untuk kamu manfaatkan sebagai suatu kemudahan , segala pokok-pokok dan tumbuhan , dijadikan pemimpin dari kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul ( cukai dan seumpamanya ) dari orang ramai.
Ketika ( kamu menerima segala kurnia ) itu adakah kamu terfikir  tentang hari pertemuan dengan-Ku ??
Jawab orang itu : Sesungguhnya aku tidak pernag memikirkan untuk bertemu Engkau wahai Tuhan…
Pada hari ini Aku melupakan Engkau sebagaimana Engkau telah melupakan Aku.
Hadith riwayat At-Termizi ini menunjukkan dengan terang bahawa semua anugerah Tuhan seperti :
Pendengaran yang membolehkan mendengar suara bagi memudahkan manusia berkomunikasi sesame manusia.
Penglihatan yang membolehkan manusia melihat keindahan alam ciptaan Tuhan termasuk diri mereka sendiri.
Anak-anak yang memeriahkan kehidupan berkeluarga.
Harta kekayaan yang membolehkan manusia menikmati kehidupan yang sempurna.
Haiwan ternakan yang boleh diambil manfaatnya sama ada dimakan dagingnya atau digunakan sebagai kenderaan.
Tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan alam serta menerbitkan buah-buahan sebagai bahan makanan yang diperlukan.

Selain itu Allah swt menjadikan pemimpin dikalangan manusia dengan pemimpin dan kekuasaan yang dianugerahkan kepada manusia ,membolehkan mereka mengatur kehidupan manusia dan mentadbir Negara dengan sebaiknya.
Kemudian membolehkan pemimpin itu berkuasa mengatur sebahagian harta mereka sebagai cukai dan sebagainya.
Kepimpinan yang paling utama yang telah dedatangkan oleh Allah swt kepada manusia ialah para rasul dan nabi-nabi, mereka yang bertanguungjawab untuk menyampaikan ajaran yang berdasarkan wahyu Ilahi.
Dengan ajaran itu, akan  membawa manusia selamat didunia dan berbahagia di akhirat.
Tetapi adakah manusia menyedari adanya tuntutan di sebalik semua anugerah Allah swt.
Adakah manusia fikir hidup di dunia dan diberi segala kemudahan, maka mereka dibiarkan leka tanpa sebarang tujuan ??
Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Allah swt ketika manusia dibangkitkan semula di akhirat selepas peristiwa qiamat. Sedangkan Allah swt mengurniakan pendengaran mempunyai tanggungjawab untuk mendengar segala nasihat yang disampaikan oleh para nabi dan rasul ataupun para ulama yang berperanan menyampaikan dan meneruskan perjuangan para rasul.
Begitu juga penglihatan yang dianugerahkan Tuhan, sudahkah mereka pergunakan untuk meneliti ayat-ayat Allah samaada ayat yang makruh ( yang dibaca iaitu wahyu Allah ) atau ayat-ayat yang manzurah ( yang dilihat iaitu sekalian alam dan cakerawala ) kerana segala ayat-ayat tersebut menjadi dalil atau hujjah adaNya Allah swt yang Maha Berkuasa menciptakan a;am ini.
Adakah mereka terfikir bahawa pendengaran dan penglihatan serta lain-lain anugerah Allah swt itu sekadar untuk mereka berseronok dan berpoya-poya di dunia ini, sehingga mereka lupa pertemuannya dengan Allah di akhirat kelak ???Ternyata begitu ramai di kalangan manusia yang telah melupakan pertemuannya dengan Allah swt sehingga mengabaikan segala kewajipan yang diperintahkan Allah. Lantaran sebahagian besar manusia mengabaikan dan melupakan hari pertemuannya dengan Allah, maka demikian pula manusia dilupakan oleh Allah swt di akhirat kelak.
Firman Allah : ( iaitu ) orang-orang yang menjadikan agama sebagai main-mainan dan gurau senda, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari ( qiamat ) ini , kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan ( sebagaimana ) mereka mengingkari ayat-ayat Kami. ( Surah Al-Araaf : Ayat 51 )  



Read more...

4 Sept 2011

SEMBYANGLA KAMU SEBELUM KAMU DI SEMBYANGKAN


Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan…
Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Tahukah anda solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika anda meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang.
Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi, tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.
6 balasan semasa hayat di dunia :-
Hilang berkat umur seseorang.
Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri
Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat.
Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah.
Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh.
Keluar roh tanpa Islam.
3 siksaan semasa sedang nazak :-
mati dalam keadaan yang hina dan aib.
mati dalam keadaan teramat lapar.
Mati dalam keadaan yang teramat dahaga
3 siksaan semasa dalam kubur :-
disempitkan kuburnya
dinyalakan api didalam kuburnya
dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.
Begitulah adik-adik yang saya kasihi, amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Bersediakah Kita?.. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
Read more...

SOLAT TERAS KEKUATAN UMAT


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini bukanlah suatu yang dijanjikan dengan pelbagai kemudahan dan kesenangan serta tidak pula dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya perjuangan suci ini menuntut kepada semaksima mungkin pengorbanan daripada pejuang Islam dari segi masa, harta, pemikiran hatta nyawa itu sendiri sebelum datangnya pertolongan dan janji kemenangan daripada Allah. Kebenaran Islam dengan sumber rujukan utama iaitu al-Quran yang diturunkan oleh Allah Tuhan Pencipta seluruh makhluk termasuklah manusia bukanlah merupakan suatu tiket yang memudahkan Islam untuk diterima oleh umat manusia kerana hati yang tertutup daripada menerima kebenaran Islam bukan sahaja menolak Islam malah sentiasa berusaha siang dan malam dalam memadamkan cahaya agama Allah dengan pelbagai usaha dan cara. Ketika menyoroti perjalanan dakwah yang telah dimainkan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sendiri maka kita dapati bagaimana pahit getir liku perjuangan yang telah diharungi oleh baginda sebelum mencapai kemenangan yang besar. Sebagai seorang nabi lagi rasul untuk umat akhir zaman maka ujian, cabaran dan tentangan yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w dalam memastikan Islam dapat memerintah dan memimpin dunia begitu kuat dan hebat meliputi serangan mental dan fizikal dalam menguji kesungguhan, kesabaran dan keimanan kepada Allah. Malah ketika nabi Muhammad s.a.w yang terkenal sejak dahulu lagi sebagai seorang amanah dan bercakap benar menceritakan mengenai Isra’ Mikraj kepada penduduk Mekah maka timbulnya penentangan yang lebih kuat bukan sahaja daripada kalangan orang kafir malah ada orang yang telah beriman kembali murtad.

Antara ujian dan tekanan hebat yang pernah dilalui oleh nabi Muhammad s.a.w ialah apabila bertambahnya penentangan terhadap dakwah Islam serta penyeksaan terhadap batang tubuh nabi selepas kewafatan isteri tersayang iaitu Siti Khadijah yang selama ini menjadi penghibur, pembantu serta tempat mengadu di mana beliau mempertahankan suaminya yang bergelar rasul ketika umat manusia menentangnya. Begitu juga dengan kewafatan bapa saudaranya Abu Tolib yang selama ini banyak membantu tugas nabi dalam mengembangkan dakwah Islam walau pun beliau sendiri sehingga akhir hayatnya tidak memeluk Islam. Nabi Muhammad s.a.w menamakan tahun kewafatan kedua-dua manusia yang telah banyak berjasa itu sebagai Tahun Dukacita bukan disebabkan terlalu sedih dengan kewafatan keduanya sebaliknya kerana kesedihan akibat dakwah Islam semakin mendapat tentangan yang hebat sehingga setengah ulama’ mengatakan bahawa selepas kewafatan keduanya maka tidak ada seorang pun memeluk Islam dalam masa yang agak lama tidak sebagaimana sebelum ini. Begitu juga dengan penyiksaan terhadap batang tubuh nabi Muhammad s.a.w semakin kuat sehingga tekanan terhadap mental dan fizikal baginda semakin hari semakin bertambah. Antara hikmat kepada kewafatan keduanya adalah bagi memastikan nabi mampu berdikari dan bergerak lebih maju dalam mengembangkan dakwah Islam tanpa perlu rasa terlalu bergantung kepada sesiapa kecuali Allah serta dapat menepis tuduhan liar pihak musuh Islam yang mendakwa bahawa dakwah Islam hanya berjaya kerana nabi Muhammad s.a.w dilindungi oleh Abu Tolib. Oleh itu dalam berjuang maka kita mesti bergantung harapan sepenuhnya kepada Allah bukan selainNya.

Selepas menghadapi penentangan dan penyiksaan yang begitu hebat di Mekah lalu Nabi Muhammad s.a.w cuba mengorak langkah untuk mengembangkan dakwah Islam kepada penduduk Taif namun cita-cita sucinya tidak tercapai apabila seruannya kepada penduduk Taif bukan sahaja diejek dan dimaki hamun malah penduduk Taif menyuruh khadam dan budak-budak kecil berbaris disepanjang jalan bertujuan supaya melontar nabi dengan batu sehingga tubuh baginda berlumuran darah walau pun Zaid bin Harithah cuba untuk melindungi tubuh nabi daripada terkena lontaran tersebut. Inilah antara kemuncak kepada ujian Allah kepada nabi Muhammad s.a.w bagi memperteguhkan keyakinan dan semangat baginda dalam meneruskan perjuangan Islam. Tidak cukup dengan penduduk Mekah yang menentang dan menghalaunya ditambah dengan penduduk Taif yang mengengkarinya. Melihat penderitaan nabi Muhammad s.a.w dan ejekan penduduk Taif terhadapnya maka datangnya malaikat yang menawarkan agar dia diberikan kebenaran untuk menghempapkan penduduk Taif yang engkar itu dengan bukit tetapi nabi Muhammad s.a.w menolaknya kerana menaruh keyakinan bahawa daripada keturunan manusia yang engkar itu bakal lahirnya generasi yang bakal menerima dan memperjuangkan Islam. Islam bukannya agama membalas dendam sebaliknya dakwahnya memerlukan kepada pengorbanan dan kesabaran sebelum datangnya kemenangan dan kegemilangan di dunia dan akhirat.
Ketika menyentuh mengenai pengorbanan maka kita turut mengingati bagaimana nabi Muhammad s.a.w ketika bersama malaikat Jibril naik ke langit semasa peristiwa Isra’ Mikraj telah menghidu bau yang begitu harum yang keluar daripada bau Masyitah iaitu penyikat rambut puteri Firaun yang telah direbus hidup-hidup dalam kawah yang menggelegak airnya bersama keluarga tercinta demi mempertahankan keimanannya. Begitu juga nabi diperlihatkan segolongan manusia yang menanam dan mengetamnya setiap hari tetapi tanaman itu kembali sebagaimana biasa dan kemudian diketam lagi begitulah seterusnya dimana ia merupakan kelebihan yang dianugerahkan kepada pejuang yang berjuang pada jalan Allah. Benarlah janji Allah sebagaimana dalam ayat 169 surah Ali ‘Imran :
Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka bahawa orang-orang yang gugur syahid pada jalan Allah itu telah mati. Bahkan mereka terus hidup di sisis Tuhan mereka dengan mendapat rezeki

Jika umat Islam pada hari ini ditimpa dengan pelbagai tekanan dan penindasan dalam mempertahankan keimanan dan menjaga kesucian agama Islam maka ia sudah menjadi sunnatullah dan bukanlah suatu yang pelik kerana nabi Muhammad s.a.w menerima ujian yang lebih hebat lagi. Jangan rasa jemu dan takut dalam meninggikan kalimah Allah kerana kita mesti yakin bahawa kita bukan orang pertama yang memulakan kerja suci ini dan kita juga bukan orang yang terakhir yang memperjuangkan Islam sebaliknya kita merupakan antara rantaian perjuangan yang pernah dilakukan oleh para nabi dan rasul serta pejuang sebelum kita dan ia bakal diteruskan oleh generasi selepas kita sehinggalah hari qiamat. Kita yang dianugerahkan nikmat merdeka mestilah mengisikan kemerdekaan dengan melaksanakan Islam bukan mengenepikannya. Kita juga mesti menghulurkan bantuan kepada saudara seagama yang sedang ditekan dan ditindas terutama saudara kita di Selatan Thailand yang sedang menderita sehingga ada yang terpaksa mencari perlindungan di negara kita. Begitu juga ketika mengingati peristiwa Isra’ Mikraj maka kita mesti ingat dan berusaha dalam memerdekakan semula Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin daripada cengkaman yahudi di mana mereka bersandiwara dengan berundur dari Gaza sedangkan kawasan sekitar Palestin terus dirampas.Antara perkara yang mesti dilakukan oleh umat Islam dalam memperteguhkan pendirian dan menaikkan semangat jihad dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam ialah dengan sentiasa menjaga solat yang merupakan rukun Islam yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w semasa Isra’ Mikraj. Tanyalah diri kita berapa lamakah kita menunaikan solat 5 waktu dengan 17 rakaat sahaja sehari semalam berbanding kita menghabiskan masa di pejabat, sekolah, padang bola, kedai makan, menonton tv dan selainnya. Bila kita bayangkan betapa luasnya Syurga tetapi ramai umat manusia yang tidak ingin memasukinya akibat terpesona dengan dunia maka begitulah juga kita dapat lihat betapa lengangnya masjid walau pun luas dan masuknya percuma sedangkan ramai umat Islam menjauhinya. Oleh itu ubahlah sikap dan keadaan dengan memperbaiki mutu solat kita dan cubalah dengan sedaya upaya dalam menarik lebih ramai umat Islam terutama golongan remaja untuk berjinak dengan masjid. Binalah umat kemenangan dengan solat dijadikan teras kekuatan utama. Ingatlah kita bahawa umat kemenangan bukan semata-mata diraih dengan ramai tentera, hebatnya senjata tetapi apa yang lebih penting ialah dekatnya hubungan kita dengan Allah terutama melalui solat yang ditunaikan dengan penuh amanah.

Renungilah firman Allah dalam ayat 286 iaitu penutup surah al-Baqarah:

Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.

Read more...

HIKMAH SEBALIK AIR SEMBAHYANG


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasititian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Read more...

3 Sept 2011

PERGILAH AIR MATA


Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan juga kerana aku
ingin kau kembali pada ku, tapi kerana aku akhirnya menyedari aku,
terpaksa belajar melepaskan kau pergi. Aku akhirnya dapat belajar dan
menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu.
Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita.
Kemudian kau tersenyum pada ku dan merosakkan segala-galanya. Aku
tewas kerana jatuh cinta padamu!
soal hati tiada undang-undang.Apatah lagi dengan paksaan. Tiada kasih yang lebih manis
dari kasihnya cinta, tiada kasih yang lebih perit serta pahit daripada putusnya cinta dalam derita.
Cinta sejati adalah apabila kita masih mampu tersyum sambil mendoakan kebahagian
untuknya walupun kita tahu
hakikatnya kita terpaksa melepaskannya pergi. jiwa yang putus cinta selalunya diiringi dengan air mata.
Cinta tidak berbalas bagaikan layang-layang yang terputus talinya. Soal cinta adalah soal hati, dia juga
adalah soal jodoh. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya siapa jodoh kita. Sejauh mana dan sedalam
mana pun cinta kita namun tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan menuju
gerbang perkhwinan.
Cinta tidak selalunya bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta. Kahwinilah pada orang
yang lebih mencintai kita, dari kita terlalu mencintai diri orang lain. Itu lebih baik dari mengahwini orang yang kita cintai
tetapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih muda mengubah pendirian diri kita sendiri daripada mengubah
pendirian orang lain. Melupakan seseorang yang amat disayangi amat sukar. Cinta akan hidup bersama dengan waktu,
apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Read more...

RINDU PADAMU. .





Semalam
Aku bertemu mengadap Mu lagi
Biarpun di malam sunyi dan sepi 
Ketika hati ini gundah gulana
Memikirkan diri seakan semakin jauh

Semalam
Aku penuhi malam penuh irama sahdu
Menyatu hati mengait bicara
Walau kadang hati tersentuh
Namun kerana rindu dan cinta itu
Malam itu ku lalui dengan bunga-bunga kasih padaMu

Hari ini
Ku datang lagi
Membawa rindu sedih itu agar terus pergi
Namun menanggung rindu itu yang lebih berat
Menghadiahkan ciuman kasih Mu yang sarat
Membuat rekahan luka yang dalam akan terubat

Esok
Aku harus sedia mendepaninya
Kerana akan ada lagi kasih Mu disitu
Kerana akan ada lagi rindu dihati ini
Kerana akan ada lagi kasih Mu itu di hati ini



Read more...

BIAR PUN SEKADAR DALAM MIMPI


Walau hanya sebentar cuma
Kau hadir dalam mimpiku
Dan pergi bersama sang bayu
Kau tetap di hatiku selalu

Walau baru sedetik cuma
Kau pergi meninggalkan daku dalam kelam
Namun rindu cepat bertandang
Mengharap kau kan hadir kembali

Sabar aku menunggu dan terus menunggu
Kehadiran susuk tubuh semulia mu itu
Agar terubat rindu di kalbu
Agar hadir senyum di bibir ku selalu

Kaulah Nabi Muhammad saw yang ku rindu.
Read more...

PULANGLAH, MASIH ADA HARI ESOK YANG LEBIH BAIK UNTUKMU. . .!


Jambatan ditengah sebuah kota metropolitan yang indah dengan kesibukan kota , aku terlihat seorang pemuda yang termenung sambil memandang derasnya aliran air sungai yang laju arus yang mengalir. Matanya hanya menatap kosong , tidak tahu pikirannya entah kemana saat itu.

Mungkin….pemuda itu sedang dirundung kesedihan yang terlalu mendalam. Jiwa ku bagai meronta untuk aku mendekatinya..Aku cuba menghampirinya dengan menghulurkan salam tanda siratulrahim tidak terbatas, kerana kita sesama islam. Ku cuba mulakan perbualan ku satu persatu agar pemuda itu sudi menceritakan apa yang kusut di mindanya... “Istriku baru meninggal dunia tiga hari lepas , jiwanku terasa hampa kini, hidupku tak ubahnya bagai mayat yang bernyawa.” Jelas pemuda itu dengan nada yang sayu memecah kesunyian di bawah jambatan kongkrit.. Sedang dia duduk dan menggengam sebatang buluh , tepat pandangannya menjauh bagai memikirkan sesuatu, ia seperti sedang memancing di arus yang deras, sungai yang dihubungkan oleh jembatan tempat kami berada.

Matahari seakan tegak lurus diatas kepala, jam di tanganku menunjukkan tepat pukul 1 tengahari, namun teriknya tidak terasa karena bayu diangin lalu menyapa kami mungkin terlindung dari tersergam indah jambatan kongkrit lalu mulutku terus bertanya pada pemuda itu.. “ apa yang sedang engkau pikirkan wahai anak muda ? “ , pemuda itu membisu tanpa berbicara dengan pandangan tetap pada buluh yang di gengamnya sesekali di benamnya buluh itu di tebing berlumpur, tanpa menoleh sedikitpun. Lalu aku itu tersenyum kecil, “ Seandainya malaikat maut datang menyapamu , apakah engkau masih diam anak muda ? “ suara aku ketika itu terdengar agak nyaring.



Lama senyap ……… “ Seandainya ada malaikat maut yang datang menyapaku , aku akan mengatakan agar ia segera mengambil nyawaku !” tiba-tiba pemuda itu bersuara memecah keheningan diantara kami berdua. “ Seperti engkau tahu akan terjadi salah satu peristiwa penyudah kehidupan ini , orang yang mengakhiri hidup disungai ini…..!” berkata pemuda itu dengan jiwa yang kesal “ apa masalahmu anak muda ? “.Tanyaku dengan penuh keperihatinan, “ Siapa yang mampu hidup manakala orang yang dicintai dan dikasihinya telah tiada ! “ lalu pemuda itu meneruskan “ Istriku telah pergi buat selama-lamanya tiga hari yang lalu , ia menderita sakit kuat , sedangkan aku tak mampu berbuat apa-apa untuk mengubatinya …..” , suara sayunya cukup menyayat hati seiring lenangan air menitis dari matanya.

Aku berkata padanya “Wahai anak muda aku turut berduka cita , anak muda , hidup memang penuh misteri dan misteri itu hanya milik Tuhan ! kita selalu mengetahui misteri itu apabila waktu sudah di tentukan untuk bercerita pada kita….” , kemudian aku meneruskan lagi percakapanku “ Apa yang engkau alami , sudah pernah kurasakan , mungkin selama ini aku adalah salah seorang seperti kamu juga, aku yang pernah putus asa dan termenung dijambatan seperti ini, bahkan hampir mengakhiri hidupku dibawah sana….”.

Pemuda itu menghampiri ku dan duduk di sisi kananku. “ lalu ? “ pemuda itu mulai berbicara pada nada sayu bagai ingin tahu. Tanpa menoleh aku kembali bercerita , seolah – olah mataku merenung jauh ,seluruh memory hidupku bagai di putar semula umpama di pawagam terbentang skrin luas, mengingatkan kenangan yang mungkin dirasakan pahit bagiku. “ aku sudah menikah sebanyak tiga kali , istriku yang pertama adalah seorang yang kaya raya, seorang wanita bekerjaya mempunyai perniagaan sendiri walaupun masih dalam usia yang muda.

Setelah kami menikah, kami selalu berhadapan dengan kesibukan mengejar harta, usaha dan perniagaan kami maju dengan pesatnya, kami sungguh sangat berbahagia ….namun sungguh tak diduga…..rumah kami masuki perompak , istriku meninggal ketika ia ingin mempertahankan hartanya dan dirinya sedangkan aku tak mampu berbuat apa – apa karena sebatang besi telah menghilangkan kesadaranku ketika perompak itu menghayunkan sebatang besi ke kepalaku, kelam seketika kurasakan pandangan mataku hanya ku terdengar jeritan isteriku meminta tolong akibat di perkosa oleh manusia yang tidak berhati manusia ……jeritan semakin menjauh dan menjauh lalu lenyap dalam kalimah Ya..Allah! , rumahku dibakar oleh perompak itu , Syukur aku diselamatkan oleh jiran tetanggaku namun sayang ….istriku telah pergi mengadap ilahi buat selama-lamanya itulah peristiwa ngeri dalam hidupku”,

Senyap suasana sejenak lalu aku menyambung kembali “ hati aku hancur ….rasanya tiada artinya hidup ini lagi , aku ke jembatan ini , aku ingin bunuh diri……!, namun gagal …aku diselamatkan oleh seorang wanita miskin ketika aku ingin meloncat dari jembatan ini, lalu aku jatuh sakit ….. aku dirawat oleh wanita miskin itu disebuah rumah yang lebih layak dihuni oleh haiwan, tak lama kesehatanku mulai baik, lalu aku memutuskan untuk menikahi wanita miskin itu, walaupun hidup susah namun ada kebahagian diantara kami berdua , baru tiga bulan kami mendirikan rumahtangga , ia jatuh sakit …..dan akhirnya meninggal dunia ….aku tak dapat berbuat apa-apa …karena tak mampu untuk membiayai perubatannya….” Berhenti sejenak lalu aku menarik nafas panjang. “ engkau tahu anak muda bagaimana rasanya kehancuran untuk kedua kalinya ? sakitnya tak dapat kuungkapkan padamu , rasanya nyawakupun sudah tak berada ditempatnya, sama seperti jawapanmu tadi ketika aku pertama kali bertanya padamu , Wahai..anak muda !”. “ Aku tahu bagaimana perasaanmu , Ya Allah !” pemuda itu mencelah dengan nada yang sebak lagi bertakung air di kelopak matanya.

Aku kembali berkata , “ Aku kembali kemari , ke jembatan sepi ini, dan kali ini sudah bulat dalam tekadku untuk mengakhiri semua kekesalan yang mengikutiku, tapi…..aku gagal lagi….ada seorang janda yang menggagalkan niatku , wanita itu adalah wanita yang kutinggalkan ketika aku telah memilih wanita kaya untuk menjadi istriku pada masa dulu, dulu pada mulanya lama kami bercinta hingga akhirnya kutinggalkan ia demi mengejar menteri….” . “ Suaminya menceraikannya karena ia tidak dapat melahirkan keturunan zuriat bagi mereka, wanita itu ikhlas lalu aku berkahwin dengannya kerana keiklasan hatinya kerana Allah……kami mengharungai hidup berumahtangga dalam suasana yang sangat sederhana, kami sangat berbahagia , ia mengajarkan arti sebuah keikhlasan yang sangat dalam maknanya padaku …..” .

“ Akhirnya kamu bahagia dan beruntungkan!”, pemuda itu mencelah berkata dengan mantap. “ Tidak ……istriku yang ketiga inipun meninggal ketika hendak melahirkan anak kami yang pertama , anak yang sangat didambakan oleh pasanga itulah penyambung warisan , betapa hancurnya hatiku, wahai... anak muda..., apalagi ketika anakku itupun juga seakan tak ingin berpisah dengan ibunya ke alam baqa……..kini aku hanya sebatang kara…..tapi aku ikhlas …..Tuhan selalu memberikan jawapan apabila kita sudah di tentukan dengan takdir dan waktu, jangan pernah putus asa anak muda , sesungguhnya semalang apapun dirimu sebenarnya engkau masih beruntung karena mungkin ada yang lebih malang darimu.”


Aku menoleh pada pemuda itu dan menepuk bahunya, sambil ku tatap matanya penuh keiklasan setiap bibit bicara ku lontar dari hati ke hati buatnya , “ Apapun yang telah digariskan Tuhan padamu, yakinlah itu lebih baik dari pada apa yang ingin engkau gariskan buat dirimu sendiri, anak muda !, dan satu lagi pesanku, kebahagiaan bukan karena banyak atau sedikitnya harta yang engkau miliki tapi bagaimana caranya kamu mampu mensyukurinya karena disitulah letak kebahagiaan itu ! “. Pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya lalu aku berkata dengan nada penuh kesayuan “ Pulanglah, masih ada hari esok yang lebih baik untukmu ……….!”.

Read more...

KENAPA SEMUA INI TERJADI PADAKU?


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah.
Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian.

 Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya.

 Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...''Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.

Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah.

 Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
Read more...

PADAMU WANITA & PENCINTAN-NYA. . .


Peliharalah perilakumu wanita

Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.


Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.

"Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijakanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan"
(Ar-Rum:21)


Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah an-Nisaa'.


Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.


Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.


Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah ra.


Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.


Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?


Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.


Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:


 "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."
(Hadis riwayat Baihaqi)


Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.


Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.


Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.


Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.


Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.


"Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya " (Riwayat Muslim)


Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."


Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"


Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, perilaku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?


Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Wallahua'lam.
Read more...

2 Sept 2011

MENGAPA DIA LEBIH TAAT PADA ALLAH BERBANDING AKU?


Assalamualaikum....

Syukur kepada Allah..
yang masih memberi peluang pada kita..
Untuk kita perbaiki apa kurang pada hari yang sebelumnya..
Membetulkan silap dan salah kita..

Suatu hari yang hening,selesai solat subuh, aku terus mencampai kunci
keretaku di dinding...
"Arrghh...dah lewat!!!"
keluh hatiku....

Lalu terus aku kearah keretaku..
memandu dengan laju..

Akhirnya sampai ke penghujung jalan..
Terlihat seorang tua yang buta melintas jalan..
terjengket-jenket mengatur langkah..
bagai membilang batu di tanah..

Lalu dengan darah ini terasa meledak..
penuh rasa kebencian..

"Apa orang tua ni buat tengah jalan..??!!
Tak tahu ke orang ada kerja..!!! Menyusahkan orang betul!!"
Hatiku bermonolog...
Terfikir aku, kenapa orang sebegini tak dihantar je ke tempat orang OKU
ataupun rumah cacat..??
Daripada hidup terus merempat...

Walaupun begitu..
aku membuka cermin keretaku..
dengan menahan api kemarahanku..
Lidah ini mula berbicara...

"Pakcik, sini bukannya tempat untuk pakcik bermain..
Boleh saya minta sesuatu??"

"Maaf nak..pakcik tengah mencari jalan..
jalan ke rumah anak pakcik..
Apa yang pakcik boek tolong nak??"
Balasnya..

Tanpa berfikir lagi..
dengan nada yang penuh sinis aku berkata..
"Tolong ketepi sikit boleh..??
Orang nak juga guna jalan ni.."

Tatkala orang tua itu menuju ke tepi jalan..
aku menekan pedal minyak keretaku..
terus keretaku meluncur dengan laju..

Dalam pada itu,
aku kembali melihat lelaki tua itu melalui cermin belakangku..
tetapi kelibatnya tidak lagi aku temui..
mata ini terus memandang cermin..
tercari-cari...

Tiba-tiba...
DDDUUUUMMMMMMM!!!!!!
Dentuman kuat dari arah depan keretaku..
mataku terpejam..
tubuh badanku kaku....

Kini selepas 3 bulan dari peristiwa itu...
aku masih di hospital lagi...
terkadang ku kenang ia kembali..
melihat kakiku yang tak mampu berdiri..
terasa diri ini kehilangan segala-galanya..

"kenapa Tuhan jadikan aku begini???
aku bukannya mat rempit...
aku bukannya orang yang jahat...
kenapa???"

Tiba-tiba tergerak hatiku mengatur langkah menuju ke sebuah pohon..
namun aku tak mampu tanpa bantuan sebuah kerusi roda..
kelihatan disitu berpuluhan kerengga di atasnya..
Lantas aku tangkap seekor dari mereka..

"wahai kerengga, aku tak rasakan Tuhan itu sayang padaku..
kini aku tak lagi seperti dulu..
sekarang aku nak kau rasakannya.."

terus aku cabut sebelah kakinya...

"Hahh..ape kau rasa sekarang?? Padan muka kau...!!!
Adakah kau rasa Tuhan tak sayangkan kau? YA!!! Buktinya tiada yang dapat bantu
kau!!!"

Terus aku patahkan lagi kaki-kakinya yang lain..
terjengket kesakitan kerengga itu berjalan..

"Puas hatiku....!!!"
Jerit batinku..walaupun aku tak mengerti mengapa aku jadi setegar ini...

"Arrghh..takde papela..kerengga je pon.."
Batin berbicara lagi menyedapkan hatiku...

Aku terus menggerakan kerusi rodaku..
Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki yang seperti aku pernah kenali..
dari setiap sudut wajahnya aku amati..

Rupanya dialah lelaki tua yang aku pernah jumpa di tepi jalan yang dulu..
Tapi kenapa mukanya pucat lesi...??
Kenapa dia tak lagi berjalan ke sana dan ke sini..??
Kenapa seperti patung yang hanya berdiam diri di atas sebuah kerusi..???

Berjuata persoalan ku ungkapkan dalam hati....
Lalu aku memulakan kata bicara..

"Assalamualaikum..."


Tak terdengar langsung dia menjawab salamku..
Tiba-tiba datang seorang juru rawat mendampinginya..

Aku bertanya pada juru rawat itu..
"Cik, kenapa dengan orang tua ini...???"

Balasnya dengan lembut...
"Sebenarnya dari kecil dia buta....dan apabila dia telah dewasa, doktor mengesahkan
bahawa dia sebenarnya ada barah otak..
Kalau dilihat keadaanya...
Dari Sebelum ini sangat banyak bezanya..

Daripada boleh berjalan,
kemudian dia hanya mampu berdiri..
Daripada dia boleh berdiri,
kemudian dia hanya boleh duduk...
Daripada dia boleh mendengar,
kemudian dia menjadi pekak...
Daripada lidah mampu menuturkan kata-kata,
kemudian kini hanya mampu membisu...

"Subhanallah...terasa hati ini bergetar segoncang-goncangnya,
darah mengalir begitu laju ketika mengamati kata-kata itu...
Empangan mataku kini terpecah..
mengalirkan deraian air mata..
yang seperti tiada kesudahannya.."


Ku lihat aku masih mempunyai kedua belah tangan yang bisa aku gunakan lagi,
kedua mataku yang bisa aku melihat seluruh panjuru alam ini..
kedua telingaku yang bisa aku mendengar..
tapi...............................................................

Dimanakah Syukurku PadaMU...
Ya Allah...
Ampunilah aku....

Mungkin diantara kita ada mengatakan...
"aku tak la sejahat lelaki itu...mane ada aku kata pada orang tua macam tu..
aku hormat ape.."....
Ya memang betul mungkin pada mata kasarnya kita lebih baik darinya...

Tapi...
Mari kita bersama berfikir sejenak..
Tatkala kita ditimpa kesusahan dan musibah...
Terkadang kita merasakan Tuhan itu tak adil pada kita..
Kenapa aku ditimpa itu dan ini....
Itulah persoalan yang selalu kita dengari...

Terkadang juga tanpa kita sedari...
Ada juga lidah kita berkata..
"Tak guna betul...baru je nak keluar hujan pula.."
Itu tak guna...
Ini tak guna...
walaupun sebenarnya kita tahu siapa yang mengaturkanya...
Tak lain tak bukan Tuhan yang Esa..

Sekarang sama atau belum dia dengan kita...

Pernah sekali ana berjalan di atas sebuah jambatan..
kelihatan seorang lelaki yang kelihatan daif sekali...
tapi sangat merdu suaranya...
apatah lagi membaca Al Quran...

Tertusuk hati ini..
walaupun dia buta, dia mampu menghafal Al Quran..
Tapi aku yang celik, membacanya pun terkadang-kadang..
Di situ timbul satu persoalan..

Adakah apabila Tuhan menjadikan aku buta nanti baru aku
akan jadi sepertinya..???

Marilah bersama kita merenung kisah LUQMAN ini moga ia mampu
membuka mata kita...

Kisah Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran.
Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'.

Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja,
namun seorang penggembala, berkulit hitam,
yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata:

" Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy'
adalah seorang budak milik seorang lelaki.
Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya,
Luqman berkata:

"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?"

Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu."
"Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman.

Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya.
"Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu.

 "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.

Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya.
Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu.

Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya.
Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman:
"Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik.

Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula.
 Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!"

Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman,
"Bukalah pintu ini!"
 Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu
dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak,
maka Luqman pun menolak untuk membukanya.

Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya.
Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya.
Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman:
"Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!"

Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya:
 "Bukalah pintu ini!" Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya.

Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: "Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku?

Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T.

Si bungsu berkata, "Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat." Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat.

Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.

Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,
"Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?"

Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.

Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan,
atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya.

Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik."

Wallahu a'lam.............
Read more...