Halaman

3 Dec 2011

TERIMA KASIH JPKN-KSIT YAYASAN SABAH




Dengan Nama ALLAH S.W.T yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya serta keredanNya dapatlah saya menyelesaikan sepenuhnya latihan industri di bahagian Kumpulan Sokongan IT-Setiausaha Kerajan Negeri Sabah.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Joslyne Jane Majanil, dan Encik Ali Hassan Mahali @ Naming selaku penyelia disepanjang latihan industri ini, di mana mereka telah banyak membantu, member sokongan dan tunjuk ajar. Penghargaan tidak lupa juga buat ibu bapa dan keluarga saya yang banyak member dorongan dan semangat kepada saya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat rakan-rakan seperjuangan terutamanya yang banyak member pendapat, galakan, semangat, sokongan moral dan kritikan membena sepanjang latihan industri ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan latihan industri ini dan semoga jasa baik kalian akan dirahmati dan diberkatiNya. 

Read more...

23 Nov 2011

ASSALAMUALAIKUM



ASSALAMUALAIKUM,
Sentiasa lh ingat pd ALLAH S.W.T . . .  kenanglh kembali betapa banyaknye rezeki nikmat kurniaan  nya  kpd  kita semua . . . fikirlh  betapa banyaknye DOSA2 yg telah  kita lakukan namun  kita tidak  d hukum  serta-merta akn tetapi kita  d beri peluang untk berubah . . .  itulh kasih sayang ALLAH S.W.T  kpd  hamba2 nya ... jadi mari lh bersyukur  dan  bertaubat  kpd ALLAH S.W.T YG MAHA PENGASIH.

Read more...

21 Nov 2011

CINTA. .


  kiranya TIADA cinta insan untukku. . .cukuplah cinta Allah S.W.T 
penyuluh hidupku. . 
             moga kelak akan ada CINTA untukku. . .
daripada insan yang mencintai. .
Allah S.W.T. 
sebagaimana cintaku terhadapNya. .

Read more...

APABILA


Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana
Kelebihannya Kerana mungkin dengan satu
Kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana
KebaikannyaKerana mungkin dengan satu
KeburukanKita akan membencinya
Andai kita inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kita mungkin akan menyalahkannya
    
Andai kita inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila
Dia buntu, Kita mungkin akan menfitnahnya
Andai kita ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya

Kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna
Kerana kita sendiri pun tidak tahu
Apakah diri kita sudah cukup sempurna
Mengikut kehendak
ALLAH S.W.T
yang sebenar-benarnya. . .

Read more...

11 Nov 2011

BILA CINTA


Bila CINTA kerana ALLAH S.W.T
Berpisah tidak gelisah
Bertemu pasti tidak jemu
Ukhuwwah itu indah

Bila bertemu dan berpisah
Hanya kerana ALLAH S.W.T

Read more...

KEHIDUPAN


kehidupan
ini dipenuhi dengan seribu
macam kemanisan tetapi untuk mencapainya

perlu seribu macam pengorbanan

Read more...

SUJUDKU


YA ALLAH
ku bersujud pada-Mu memohon ampunan
atas segala dosa yang telah ku lakukan. . 

YA ALLAH
dosaku menggunung. . .berkenankah kau
terima taubatku? 

Read more...

ALHAMDULILLAH


ALHAMDULILLAH
ALLAH S.W.T jua penentu segalanya, namun aku masih
Di sini mencari
masih tidak pasti. .hidup ini

Indah  jika segalanya kerana ALLAH S.W.T. 
cahaya jingga kan
Menjadi nyata . . ku menuju pada-Mu Ya RABB . .
pinpinlah  aku. . .
AMIN…

Read more...

8 Nov 2011

THANK YOU


TERIMA KASIH 
                       saya ucapkan kepada ..


KAWAN2 yang datang rumah ..
HARI RAYA AIDILADHA .. hari tu..

Read more...

6 Nov 2011

SALAM AIDIL ADHA



saya ingin mengucapkan


kepada semua yang 
beragama islam
terutamanya 
keluarga, saudara mara, kawan2
dan yang 
mengenali diri 
ini
. . . 
Semoga kemeriahan Aidiladha kali ini
memberi makna
DUNIA & AKHIRAT

Read more...

5 Nov 2011

KORBAN ITU AKHLAK


 jadilah MANUSIA yang sentiasa


 berkorban untuk sesama,
kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Read more...

4 Nov 2011

SUJUD PADA-MU


YA ALLAH
ku bersujud pada-Mu memohon ampunan
atas segala dosa yang telah ku lakukan. . .
YA ALLAH
dosaku menggunung. . .berkenankah kau
terima taubatku?

Read more...

BEKUNYA AIR MATA


Bekunya air mata dari kerasnya hati. . .
Kerasnya hati dari banyaknya dosa. . .

Banyaknya dosa dari lupanya mati. . 
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.

Read more...

3 Nov 2011

CINTA & KASIH SAYING


CINTA dan KASIH SAYING manusia
hanyalah setitis jika dibandingkan
dengan selautan CINTA dan
KASIH SAYING
ALLAH S.W.T










sekiranya engkau kehilangan yang
setitis itu.. ia tidak akan menjejaskan
Kehidupanmu selagi yang selautan itu
masih engkau miliki. . .

Read more...

2 Nov 2011

DENGAN NAMA ALLAH S.W.T


Dengan nama  ALLAH S.W.T,
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

DEMI MASA!!
sesungguhnya
MANUSIA itu 
dalam
KERUGIAN…
kecuali


orang-orang yang BERIMAN
dan
BERAMAL SOLEH
dan mereka pula
BERPESAN-PESAN
dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan
SABAR…

Read more...

31 Oct 2011

KITA TAHU


kita tahu kita  MUSLIM. . .
kita tahu ALLAH S.W.T adalah TUHAN kita
kita tahu ada peraturan untuk DIPATUHI
kita tahu kita adalah DICIPTA bukan tercipta
kita tahu kita akan KEMBALI kepada-Nya
tapi MENGAPA!!!
di PEKAKKAN TELINGA!!
di BUTAKAN MATA!!
di KAKUKAN TANGAN!!
di GELAPKAN SINAR HATI!!
bersikap seperti kita
TAK TAHU!!!
hidup MODEN KATA COOL


TAPI  COOL  kah kita di sana?
di perintah ikut AL-QURAN & SUNNAH . . .
Kita kata pada ALLAH S.W.T
TUNGGU. . .!!
AL-QURAN sudah dibentang
Beribu HADIS sudah di riwayatkan
Sudah se lautan NASIHAT dicurah
Masih ada kah alasan Untuk Berbuat
DOSA?
Biarlah mereka
KETAWA . . .
Biarlah mereka. . .
BERPALING. . .
Biarlah mereka. . .
MENJUNJUNG DUNIA. . .
tapi kelak
kita lihat. . .
MAYAT siapahkah yang akan. . .
TERSENYUM. . .
kita tahu kita  MUSLIM. . .
kita tahu ALLAH S.W.T adalah TUHAN kita
kita tahu ada peraturan untuk DIPATUHI
kita tahu kita adalah DICIPTA bukan tercipta
kita tahu kita akan KEMBALI kepada-Nya
tapi MENGAPA !!!!!!
di PEKAKKAN TELINGA!!
di BUTAKAN MATA!!
di KAKUKAN TANGAN!!
di GELAPKAN SINAR HATI!!
dan bersikap seperti kita
TAK TAHU!!!
hidup MODEN KATA COOL
TAPI  COOL  kah kita di sana?
di perintah ikut AL-QURAN & SUNNAH. . .
Kita kata pada ALLAH S.W.T
TUNGGU. .!!
AL-QURAN sudah dibentang

Beribu HADIS sudah di riwayatkan
Sudah se lautan NASIHAT dicurah
Masih ada kah alasan Untuk Berbuat
DOSA?
Biarlah mereka
KETAWA. . .
Biarlah mereka. . .
BERPALING. . .
Biarlah mereka. . .
MENJUNJUNG DUNIA. . .
tapi kelak  kita lihat. . . MAYAT siapahkah yang akan. . .
TERSENYUM. . .

Read more...

RENUNGAN BERSAMA





pernahkah terdetik…
kamu dilahirkan bukan sebagai …
Muslim?
tak perlu solat…
tak perlu jaga pergaulan…
tak perlu puasa…

tak perlu jaga halal haram…
tak perlu tanggung dosa pahala…
tak perlu jaga aurat…

BEBAS!!!!
Boleh ENJOY sesuka hati …

tapi…
dapatkah kamu …KETENANGAN?
tapi…
Terjagakah
hak-hak kamu sebagai …MANUSIA?

tapi…
dapatkah
kamu rasa nikmat …IMAN?
TAPI…
jika kamu orang beriman…
adakah kamu dijanjikan …SYURGA?

“ SEORANG PAK CIK BERTANYAKAN SOALAN
PADA REMAJA-REMAJA YANG BAIK :”

“ Apakah kenikmatan terbesar yang ALLAH S.W.T
kurniakan kepada kamu ? “


Ada yang menjawab :

HARTA BENDA
ANAK-ANAK
IBU AYAH
PANCAINDERA
ISLAM

…tetapi tibalah giliran
remaja yang seorang itu berkata :

nikmat terbesar dalam hidup ini adalah…


ALLAH S.W.T
adalah TUHAN kita


Read more...

17 Oct 2011

TERIMA KASIH



YA ALLAH, TERIMA KASIH. . .
YA ALLAH, setiasalah berikan kami hidayah-Mu, agar hati-hati kami sentiasa terdidik dengan tarbiyah-Mu, dan hati-hati kami terbimbing dengan hidayah-Mu YA ALLAH. . .

Read more...

BERSIAR-SIAR DI KOTA KINABALU


Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan beberapa bandar lain di Sabah telah dibom dengan teruknya oleh Pasukan Bersekutu yang memusnahkan  segala-galanya.   Selepas perang reda, pihak BNBCC mendapati bahawa kos untuk pembinaan semula sangat mahal, oleh sebab itu  pada tahun 1946, Sabah telah menjadi koloni British sehingga tahun 1963, apabila Sabah memperoleh  kemerdekaannya melalui Persekutuan Malaysia.
Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu. Dua puluh tiga tahun kemudian, yakni pada 2 Februari, 2000 Kota Kinabalu diberikan taraf  bandar raya.  Selaku ibu negeri Sabah, KK yang memiliki penduduk sekitar 300,000 orang  juga menjadi pintu keluar ke beberapa bandar utama dan daerah.
Di persekitaran bandar raya, terdapat  pelbagai tempat menarik untuk dilawati.  Kebanyakannya boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki,  sementara selebihnya boleh dilawati dengan menaiki bas atau teksi.
Read more...

16 Oct 2011

WAHAI CINTA


Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......




Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

Read more...

15 Oct 2011

MALU . . .


Malu itu indah, malu itu fitrah
jangan menjadi orang yang langsung tidak tahu malu,
bergaul sebebas-bebasnya sesame lelaki dan perempuan itu bukalah sepatutnya akhlak seorang muslim.
Berpada-padalah, jagalah iman sesame sendiri




Read more...

12 Oct 2011

INGATLAH


Aku lepaskan kamu bukan kerana aku benci akan diri mu, cuma aku bimbang aku bukanlah untukmu..kau bukan jodohku dan diakhirnya kita menyesal masa yang terbuang dan sia-sia, yang akan berakhir dengan kekecewaan dan yang lebih aku bimbangkan. . .ia akan berakhir dengan kemungkaran ALLAH S.W.T,

INGATLAH . . . pertemuan itu bersyarat namun perpisahan itu mutlak.

Read more...

8 Oct 2011

BILA ADA . . .




Bila ada yang SAYANG..jangan lukai hatinya . .
Bila ada yang CINTA..jangan kamu titiskan air matanya . .
Bila ada yang MENANTI..pastikan kamu kembali . .
Bila ada yang SETIA..lakukan yang sama . .
Bila dia PERGI..kejarlah selagi merasa dia bererti . .

Kerana bila dia TIADA di sisi kamu akan sunyi dan sepi . . hargailah INSAN yang kamu sayang selagi Mereka masih ada . . BERSYUKUR dan terimalah seadanya . .

Read more...

ISLAM AGAMA ALLAH S.W.T


Ya Robbi..jika sayang adalah sesuatu yang mempersona ikatlah aku dengan persona-Mu agar damai sentiasa ku rasakan saat terucap syukur atas nikmat dari-Mu. Ya ALLAH jika kasih adalah kebahagiaan yang tiada bertepi tumbuhkan kebahagiaan dalam hidupku di saat ku persembahkan sesuatu untuk-Mu. Ya ALLAH hatiku hanya cukup untuk satu cinta jika aku tak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu Ya Ar-Rahman..dunia yang Engkau bentangkan begitu luas bagai belantara yang tak dapat kutembusi di malam yang gelap gelita agar tidak tersesat dalam menampakinya Ya Ar-Rahhim..berikan alas kaki buat hamba agar jalan yang kutapaki terasa nikmat walaupun penuh dengan bebatu dan berduri yang tajam.. hamba sedar semua ini milik-Mu dan sesuatu saat jika Engkau kehendaki semuanya akan kembali jua kepada-Mu..hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu..
Read more...

KITA SEBENARNYA


KITA SEBENARNYA . . lebih gembira menyambut 1hd.januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA . . lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA . . lebih membesarkan hari sabtu dan ahad daripada hari jumaat.
KITA SEBENARNYA . . lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA . . lebih tahu nama2 artis kita daripada nama2 pejuang.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka menyebut hello atau hai daripada Asalammualaikum.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka memuji manusia daripada memuji tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan Al-quran.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka memakai, mengumpat org daripada mendoakan & menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita.
KITA SEBENARNYA . . lebih suka cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. Tapi, bila ada orang Tanya arah tujuan kita..kita lebih suka menjawab?
KITA SEBENARNYA . . lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..
Tapi layakkah kita dengan syurga milik ALLAH S.W.T
Read more...

SUJUD KU


Dalam sujud ku bercerita. . .
Dalam sujud ku meminta. . .
Dalam sujud ku mengadu segalanya. . .
Dalam sujud ku mengalirkan air mata. . .
Dalam sujud ku menemui ketenangan & kedamaian. . .
Dalam sujud ku menemui kebahagiaan yang hakiki. . .
Dengarlah rintihan hambamu ini Ya ALLAH S.W.T di setiap kali dalam sujud ku pada-Mu ya Rabb. . .

Read more...

SAHABATKU



Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
Seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah
Yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika
Aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baik
Dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji
Akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan,
Kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi
Sahabat, aku semakin percaya diri..

-Imam Syafie-

Read more...

7 Oct 2011

YA ALLAH


YA ALLAH
berdetik jantungku menyebut namaMU
tenang dan damai dlm kalbu ku
sedingin sinar embun pagi
indahnya tk dpt ku gmbarkan lagi
lbh tenang dari pantai yang sunyi
lebih damai dari taman yang mewangi
titian layu membasahi
bkn pipi....bkn diri
tetapi hati yang rindu pada ilahi
cinta itu tkkan hadir
bahagia itu tkkan sempurna
pada diriku
yg runsing dan berdukacita
yg lemah dan tak berusaha
yg penakut dan bakhil
yg berhutang dan ditekan orang lain

cinta.......bahagia
ingin ku miliki
cita2.....impian
ingin ku penuhi
mengajakku berjuang......berbakti
meninggalkan kesenangan duniawi
meniggalkan fitnah yg menghancurkan diri
dan mencintaiMU dan rasul-MU
lebih dari setiap sesuatu...

"YA ALLAH kami mohon cintaMU dan cinta org yg mencintaiMU serta semua amalan yg mendekatkan kami kepada cintaMU".......

Read more...

5 Oct 2011

BAGAIKAN


  • Pahitnya KOPI saat kata menyakitkan keluar.
  • Manisnya GULA saat bersama.
  • Seharum BUNGA saat tertawa bersama.
  • Sebau BANGKAI saat ada yang mengkhianati.
  • Bagaikan HUJAN DERAS saat berpisah.
  • Bagaikan EMBUN PAGI saat-saat menyenangkan dan pertama kali bertemu.
  • Bagaikan BULAN dan BINTANG yang selalu bersama meskipun salah satu menghilang.

Read more...

RAHSIA ALLAH S.W.T


Kenapa lambat kahwin?
Kerana Allah tahu masa terbaik untukku.

Dah berpunya???
Ya. . kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing. . .

Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan

Bila?
Bila jodoh sampai. . .Insya-Allah jemput datang ke walimatulurus ku nanti. . .

~jgan selalu bertanya bila orang itu nak khwin… kerana semua rahsia dirinya, terletak ditangan Allah ..sampai masa Allah akan membongkarkannya~

Read more...

KEKUASAAN-NYA


ALLAH S.W.T tidak akan membiarkan hamba-hamba yang mencintai-Nya bersama dengan cinta kepada dunia, meskipun hanya sekejap. Dia akan menjauhkan mereka dari dunia, dan tidak akan membiarkan mereka bersama dengan yang selainNya dalam setiap waktu. Dia akan sentiasa bersama dengan mereka dan mereka akan sentiasa bersamaNya. Hati mereka sentiasa berzikir kepadaNya, selalu hadir di HadhiratNya, berpaling dari yang selainNya dan menghadap kepadaNya. Maka dia sentiasa bersama mereka dan menjaga mereka. Mereka memperolehi ketenteraman yang abadi. . .

Read more...

1 Oct 2011

ILMU & AGAMA


Ilmu mempercepatkan anda sampai ke tujuan, agama menentukan arah yang dituju.
Ilmu menyesuaikan manusia dengan lingkungannya, dan agama menyesuaikan dengan jati dirinya.
Ilmu hiasan lahir, dan agama hiasan batin.
Ilmu memberikan kekuatan dan menerangi jalan, dan agama member harapan dan dorongan bagi jiwa.
Ilmu menjawab pertanyaan yang dimulai dengan 'bagaimana', dan agama menjawab yang dimulai dengan 'mengapa'.
Ilmu tidak jarang mengeruhkan pikiran pemiliknya, sedangkan agama selalu menenangkan jiwa pemeluknya yang tulus. . .

Read more...

28 Sept 2011

BICARA QALBU


~ Bicara Qalbu..♥
Usah dicari andai diri pergi..
Usah ditanya kemana arah tuju..
Usah rasa bimbang andai tiada khabar pengganti diri..
Usah rasa resah andai kelibat diri tidak kelihatan..
Usah rasa gusar pabila bayang diri menjauh..
Usah rasa cemas jika tidak mendengar keluhan pasrah..
Kerana . . .
semuanya adalah TAQDIR ALLAH S.W.T . . .
Untuk membimbing jiwa jua raga..
demi agama tercinta..
perjuangan yang tiada penghujungnya..
Semoga sentiasa diredhai..
walau seketika tercuit ragu..
Namun..
yakin dan tawaQal pembekal diri..
Semoga syahid idaman Qalbu..
milik semua para pejuang dijalan ALLAH S.W.T . .
Insya'ALLAH S .W.T. . .

Read more...

SIFAT TERPUJI


Sifat merendah diri sesama manusia merupakan sifat yang menghimpunkan manusia mengelilingi para dai'e. Ia adalah merupakan sifat terpuji warisan Rasulullah.

Sifat merendah diri yang dimiliki oleh setiap pekerja di dalam medan amal akan menghidupkan lagi suasana tolong menolong dan ukhuwwah.

Para pendakwah yang membekali diri mereka dengan ilmu, menghiasi diri dengan sifat berlembah lembut dan berakhlak dengan sifat merendah diri, tidak syak lagi merupakan orang layak dan mampu memainkan peranan dalam kerja-kerja perubahan di dalam masyarakat. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :-

“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.”

(Surah Al-Furqan - 63)

~ Dulu teringat ustaz penah ckp kalo brjalan biar menunduk,tgk ke tanah.. Bukan dongak ke langit. Org akan tahu kite merendah diri dan kite tahu mne asal usul kite iaitu dari tanah ~

Read more...

PERISTIWA


Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri...
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Read more...

BIARKAN . .



Biarkan hari-hari itu berlalu dengan segala 
peristiwanya,
dan sejahterakanlah jiwamu apabila qadar
memastikannya.

... Jangan engkau gelisah kerana kejadian-kejadian
sepanjang masa,
kerana peristiwa-peristiwa dunia tidak kekal selamanya.

Jadilah engkau lelaki kesatria dalam segala peristiwa
dengan berlapang dada dan murah hati,hiasilah
dirimu.

Duka dan suka tidak kekal selamanya,
Sengsara dan sejahtera juga tidak kekal selamanya.

Rezekimu tidak lari kerana terlambat-lambat,
ia juga tidak bertambah kerana berlelah-lelah.

Apabila engkau berhati pasrah,
samalah engkau dengan pemilik dunia.

Read more...

BILA WAKTUNYA


✿ Bila waktu aku susah, barulah aku ingat pada-MU
~•> ya Allah, Jahatnya aku~
✿ Bila waktu aku senang, aku enjoy dengan duniaku, dan melupakan-MU
~•> ya Allah, Teruknya aku~
✿ Bila waktu aku sakit, sepatutnya pada-MU tempat pertamaku bermohon tetapi yang sebaliknya aku lakukan,
... ... ... ... ~•> ya Allah, Bodohnya aku~
✿ Bila waktu aku sihat, aku tak teringat langsung untuk bersyukur pada-MU
~•> ya Allah, tak kenang budinya aku .. Astaghfirullahalazim. . .

Read more...

18 Sept 2011

SAAT ALLAH S.W.T MELUPAKAN KITA




AT-Termizi meriwayatkan sebuah hadith dari Abu Said dan Abi Hurairah r.a. katanya : bahawa Rasulullah saw bersabda ( yang bermaksud ) :

Seorng manusia dibawa ke hadapan Allah swt pada hari akhirat lalu Tuhan bertanya kepadanya :


Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu, Harta benda, anak-aknak, haiwan dan binatang ternakan untuk kamu manfaatkan sebagai suatu kemudahan , segala pokok-pokok dan tumbuhan , dijadikan pemimpin dari kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul ( cukai dan seumpamanya ) dari orang ramai.
Ketika ( kamu menerima segala kurnia ) itu adakah kamu terfikir  tentang hari pertemuan dengan-Ku ??
Jawab orang itu : Sesungguhnya aku tidak pernag memikirkan untuk bertemu Engkau wahai Tuhan…
Pada hari ini Aku melupakan Engkau sebagaimana Engkau telah melupakan Aku.
Hadith riwayat At-Termizi ini menunjukkan dengan terang bahawa semua anugerah Tuhan seperti :
Pendengaran yang membolehkan mendengar suara bagi memudahkan manusia berkomunikasi sesame manusia.
Penglihatan yang membolehkan manusia melihat keindahan alam ciptaan Tuhan termasuk diri mereka sendiri.
Anak-anak yang memeriahkan kehidupan berkeluarga.
Harta kekayaan yang membolehkan manusia menikmati kehidupan yang sempurna.
Haiwan ternakan yang boleh diambil manfaatnya sama ada dimakan dagingnya atau digunakan sebagai kenderaan.
Tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan alam serta menerbitkan buah-buahan sebagai bahan makanan yang diperlukan.

Selain itu Allah swt menjadikan pemimpin dikalangan manusia dengan pemimpin dan kekuasaan yang dianugerahkan kepada manusia ,membolehkan mereka mengatur kehidupan manusia dan mentadbir Negara dengan sebaiknya.
Kemudian membolehkan pemimpin itu berkuasa mengatur sebahagian harta mereka sebagai cukai dan sebagainya.
Kepimpinan yang paling utama yang telah dedatangkan oleh Allah swt kepada manusia ialah para rasul dan nabi-nabi, mereka yang bertanguungjawab untuk menyampaikan ajaran yang berdasarkan wahyu Ilahi.
Dengan ajaran itu, akan  membawa manusia selamat didunia dan berbahagia di akhirat.
Tetapi adakah manusia menyedari adanya tuntutan di sebalik semua anugerah Allah swt.
Adakah manusia fikir hidup di dunia dan diberi segala kemudahan, maka mereka dibiarkan leka tanpa sebarang tujuan ??
Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Allah swt ketika manusia dibangkitkan semula di akhirat selepas peristiwa qiamat. Sedangkan Allah swt mengurniakan pendengaran mempunyai tanggungjawab untuk mendengar segala nasihat yang disampaikan oleh para nabi dan rasul ataupun para ulama yang berperanan menyampaikan dan meneruskan perjuangan para rasul.
Begitu juga penglihatan yang dianugerahkan Tuhan, sudahkah mereka pergunakan untuk meneliti ayat-ayat Allah samaada ayat yang makruh ( yang dibaca iaitu wahyu Allah ) atau ayat-ayat yang manzurah ( yang dilihat iaitu sekalian alam dan cakerawala ) kerana segala ayat-ayat tersebut menjadi dalil atau hujjah adaNya Allah swt yang Maha Berkuasa menciptakan a;am ini.
Adakah mereka terfikir bahawa pendengaran dan penglihatan serta lain-lain anugerah Allah swt itu sekadar untuk mereka berseronok dan berpoya-poya di dunia ini, sehingga mereka lupa pertemuannya dengan Allah di akhirat kelak ???Ternyata begitu ramai di kalangan manusia yang telah melupakan pertemuannya dengan Allah swt sehingga mengabaikan segala kewajipan yang diperintahkan Allah. Lantaran sebahagian besar manusia mengabaikan dan melupakan hari pertemuannya dengan Allah, maka demikian pula manusia dilupakan oleh Allah swt di akhirat kelak.
Firman Allah : ( iaitu ) orang-orang yang menjadikan agama sebagai main-mainan dan gurau senda, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari ( qiamat ) ini , kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan ( sebagaimana ) mereka mengingkari ayat-ayat Kami. ( Surah Al-Araaf : Ayat 51 )  



Read more...

4 Sept 2011

SEMBYANGLA KAMU SEBELUM KAMU DI SEMBYANGKAN


Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan…
Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Tahukah anda solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika anda meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang.
Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi, tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.
6 balasan semasa hayat di dunia :-
Hilang berkat umur seseorang.
Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri
Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat.
Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah.
Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh.
Keluar roh tanpa Islam.
3 siksaan semasa sedang nazak :-
mati dalam keadaan yang hina dan aib.
mati dalam keadaan teramat lapar.
Mati dalam keadaan yang teramat dahaga
3 siksaan semasa dalam kubur :-
disempitkan kuburnya
dinyalakan api didalam kuburnya
dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.
Begitulah adik-adik yang saya kasihi, amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Bersediakah Kita?.. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
Read more...