Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana
Kelebihannya Kerana mungkin dengan satu
Kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana
Kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu
Keburukan, Kita akan membencinya
Andai kita inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kita mungkin akan menyalahkannya
Andai kita inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila
Dia buntu, Kita mungkin akan menfitnahnya
Andai kita ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna
Kerana kita sendiri pun tidak tahu
Apakah diri kita sudah cukup sempurna
Mengikut kehendak
ALLAH S.W.T
yang sebenar-benarnya. . .
ALLAH S.W.T
yang sebenar-benarnya. . .
No comments:
Post a Comment