Halaman

3 Dec 2011

TERIMA KASIH JPKN-KSIT YAYASAN SABAH




Dengan Nama ALLAH S.W.T yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya serta keredanNya dapatlah saya menyelesaikan sepenuhnya latihan industri di bahagian Kumpulan Sokongan IT-Setiausaha Kerajan Negeri Sabah.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Joslyne Jane Majanil, dan Encik Ali Hassan Mahali @ Naming selaku penyelia disepanjang latihan industri ini, di mana mereka telah banyak membantu, member sokongan dan tunjuk ajar. Penghargaan tidak lupa juga buat ibu bapa dan keluarga saya yang banyak member dorongan dan semangat kepada saya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat rakan-rakan seperjuangan terutamanya yang banyak member pendapat, galakan, semangat, sokongan moral dan kritikan membena sepanjang latihan industri ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan latihan industri ini dan semoga jasa baik kalian akan dirahmati dan diberkatiNya. 

Read more...

23 Nov 2011

ASSALAMUALAIKUM



ASSALAMUALAIKUM,
Sentiasa lh ingat pd ALLAH S.W.T . . .  kenanglh kembali betapa banyaknye rezeki nikmat kurniaan  nya  kpd  kita semua . . . fikirlh  betapa banyaknye DOSA2 yg telah  kita lakukan namun  kita tidak  d hukum  serta-merta akn tetapi kita  d beri peluang untk berubah . . .  itulh kasih sayang ALLAH S.W.T  kpd  hamba2 nya ... jadi mari lh bersyukur  dan  bertaubat  kpd ALLAH S.W.T YG MAHA PENGASIH.

Read more...

21 Nov 2011

CINTA. .


  kiranya TIADA cinta insan untukku. . .cukuplah cinta Allah S.W.T 
penyuluh hidupku. . 
             moga kelak akan ada CINTA untukku. . .
daripada insan yang mencintai. .
Allah S.W.T. 
sebagaimana cintaku terhadapNya. .

Read more...

APABILA


Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana
Kelebihannya Kerana mungkin dengan satu
Kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana
KebaikannyaKerana mungkin dengan satu
KeburukanKita akan membencinya
Andai kita inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kita mungkin akan menyalahkannya
    
Andai kita inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila
Dia buntu, Kita mungkin akan menfitnahnya
Andai kita ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya

Kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna
Kerana kita sendiri pun tidak tahu
Apakah diri kita sudah cukup sempurna
Mengikut kehendak
ALLAH S.W.T
yang sebenar-benarnya. . .

Read more...

11 Nov 2011

BILA CINTA


Bila CINTA kerana ALLAH S.W.T
Berpisah tidak gelisah
Bertemu pasti tidak jemu
Ukhuwwah itu indah

Bila bertemu dan berpisah
Hanya kerana ALLAH S.W.T

Read more...

KEHIDUPAN


kehidupan
ini dipenuhi dengan seribu
macam kemanisan tetapi untuk mencapainya

perlu seribu macam pengorbanan

Read more...

SUJUDKU


YA ALLAH
ku bersujud pada-Mu memohon ampunan
atas segala dosa yang telah ku lakukan. . 

YA ALLAH
dosaku menggunung. . .berkenankah kau
terima taubatku? 

Read more...

ALHAMDULILLAH


ALHAMDULILLAH
ALLAH S.W.T jua penentu segalanya, namun aku masih
Di sini mencari
masih tidak pasti. .hidup ini

Indah  jika segalanya kerana ALLAH S.W.T. 
cahaya jingga kan
Menjadi nyata . . ku menuju pada-Mu Ya RABB . .
pinpinlah  aku. . .
AMIN…

Read more...

8 Nov 2011

THANK YOU


TERIMA KASIH 
                       saya ucapkan kepada ..


KAWAN2 yang datang rumah ..
HARI RAYA AIDILADHA .. hari tu..

Read more...

6 Nov 2011

SALAM AIDIL ADHA



saya ingin mengucapkan


kepada semua yang 
beragama islam
terutamanya 
keluarga, saudara mara, kawan2
dan yang 
mengenali diri 
ini
. . . 
Semoga kemeriahan Aidiladha kali ini
memberi makna
DUNIA & AKHIRAT

Read more...

5 Nov 2011

KORBAN ITU AKHLAK


 jadilah MANUSIA yang sentiasa


 berkorban untuk sesama,
kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Read more...

4 Nov 2011

SUJUD PADA-MU


YA ALLAH
ku bersujud pada-Mu memohon ampunan
atas segala dosa yang telah ku lakukan. . .
YA ALLAH
dosaku menggunung. . .berkenankah kau
terima taubatku?

Read more...

BEKUNYA AIR MATA


Bekunya air mata dari kerasnya hati. . .
Kerasnya hati dari banyaknya dosa. . .

Banyaknya dosa dari lupanya mati. . 
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.

Read more...

3 Nov 2011

CINTA & KASIH SAYING


CINTA dan KASIH SAYING manusia
hanyalah setitis jika dibandingkan
dengan selautan CINTA dan
KASIH SAYING
ALLAH S.W.T










sekiranya engkau kehilangan yang
setitis itu.. ia tidak akan menjejaskan
Kehidupanmu selagi yang selautan itu
masih engkau miliki. . .

Read more...

2 Nov 2011

DENGAN NAMA ALLAH S.W.T


Dengan nama  ALLAH S.W.T,
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

DEMI MASA!!
sesungguhnya
MANUSIA itu 
dalam
KERUGIAN…
kecuali


orang-orang yang BERIMAN
dan
BERAMAL SOLEH
dan mereka pula
BERPESAN-PESAN
dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan
SABAR…

Read more...

31 Oct 2011

KITA TAHU


kita tahu kita  MUSLIM. . .
kita tahu ALLAH S.W.T adalah TUHAN kita
kita tahu ada peraturan untuk DIPATUHI
kita tahu kita adalah DICIPTA bukan tercipta
kita tahu kita akan KEMBALI kepada-Nya
tapi MENGAPA!!!
di PEKAKKAN TELINGA!!
di BUTAKAN MATA!!
di KAKUKAN TANGAN!!
di GELAPKAN SINAR HATI!!
bersikap seperti kita
TAK TAHU!!!
hidup MODEN KATA COOL


TAPI  COOL  kah kita di sana?
di perintah ikut AL-QURAN & SUNNAH . . .
Kita kata pada ALLAH S.W.T
TUNGGU. . .!!
AL-QURAN sudah dibentang
Beribu HADIS sudah di riwayatkan
Sudah se lautan NASIHAT dicurah
Masih ada kah alasan Untuk Berbuat
DOSA?
Biarlah mereka
KETAWA . . .
Biarlah mereka. . .
BERPALING. . .
Biarlah mereka. . .
MENJUNJUNG DUNIA. . .
tapi kelak
kita lihat. . .
MAYAT siapahkah yang akan. . .
TERSENYUM. . .
kita tahu kita  MUSLIM. . .
kita tahu ALLAH S.W.T adalah TUHAN kita
kita tahu ada peraturan untuk DIPATUHI
kita tahu kita adalah DICIPTA bukan tercipta
kita tahu kita akan KEMBALI kepada-Nya
tapi MENGAPA !!!!!!
di PEKAKKAN TELINGA!!
di BUTAKAN MATA!!
di KAKUKAN TANGAN!!
di GELAPKAN SINAR HATI!!
dan bersikap seperti kita
TAK TAHU!!!
hidup MODEN KATA COOL
TAPI  COOL  kah kita di sana?
di perintah ikut AL-QURAN & SUNNAH. . .
Kita kata pada ALLAH S.W.T
TUNGGU. .!!
AL-QURAN sudah dibentang

Beribu HADIS sudah di riwayatkan
Sudah se lautan NASIHAT dicurah
Masih ada kah alasan Untuk Berbuat
DOSA?
Biarlah mereka
KETAWA. . .
Biarlah mereka. . .
BERPALING. . .
Biarlah mereka. . .
MENJUNJUNG DUNIA. . .
tapi kelak  kita lihat. . . MAYAT siapahkah yang akan. . .
TERSENYUM. . .

Read more...

RENUNGAN BERSAMA





pernahkah terdetik…
kamu dilahirkan bukan sebagai …
Muslim?
tak perlu solat…
tak perlu jaga pergaulan…
tak perlu puasa…

tak perlu jaga halal haram…
tak perlu tanggung dosa pahala…
tak perlu jaga aurat…

BEBAS!!!!
Boleh ENJOY sesuka hati …

tapi…
dapatkah kamu …KETENANGAN?
tapi…
Terjagakah
hak-hak kamu sebagai …MANUSIA?

tapi…
dapatkah
kamu rasa nikmat …IMAN?
TAPI…
jika kamu orang beriman…
adakah kamu dijanjikan …SYURGA?

“ SEORANG PAK CIK BERTANYAKAN SOALAN
PADA REMAJA-REMAJA YANG BAIK :”

“ Apakah kenikmatan terbesar yang ALLAH S.W.T
kurniakan kepada kamu ? “


Ada yang menjawab :

HARTA BENDA
ANAK-ANAK
IBU AYAH
PANCAINDERA
ISLAM

…tetapi tibalah giliran
remaja yang seorang itu berkata :

nikmat terbesar dalam hidup ini adalah…


ALLAH S.W.T
adalah TUHAN kita


Read more...

17 Oct 2011

TERIMA KASIH



YA ALLAH, TERIMA KASIH. . .
YA ALLAH, setiasalah berikan kami hidayah-Mu, agar hati-hati kami sentiasa terdidik dengan tarbiyah-Mu, dan hati-hati kami terbimbing dengan hidayah-Mu YA ALLAH. . .

Read more...

BERSIAR-SIAR DI KOTA KINABALU


Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan beberapa bandar lain di Sabah telah dibom dengan teruknya oleh Pasukan Bersekutu yang memusnahkan  segala-galanya.   Selepas perang reda, pihak BNBCC mendapati bahawa kos untuk pembinaan semula sangat mahal, oleh sebab itu  pada tahun 1946, Sabah telah menjadi koloni British sehingga tahun 1963, apabila Sabah memperoleh  kemerdekaannya melalui Persekutuan Malaysia.
Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu. Dua puluh tiga tahun kemudian, yakni pada 2 Februari, 2000 Kota Kinabalu diberikan taraf  bandar raya.  Selaku ibu negeri Sabah, KK yang memiliki penduduk sekitar 300,000 orang  juga menjadi pintu keluar ke beberapa bandar utama dan daerah.
Di persekitaran bandar raya, terdapat  pelbagai tempat menarik untuk dilawati.  Kebanyakannya boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki,  sementara selebihnya boleh dilawati dengan menaiki bas atau teksi.
Read more...

16 Oct 2011

WAHAI CINTA


Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......




Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

Read more...