Halaman

15 May 2012

BERHENTI MEMIKIRKANMU




Aku akan berhenti memikirkanmu dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dihatiku . .
Aku hanya akan mengubah diriku menjadi yang terbaik hanya kerana Allah, bukan kerana menginginkanmu . . akan aku lepaskan belenggu ini,

Yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda Tanya. .
Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu. . .aku juga begitu . ..

Aku akan melanjutkan perjalananku untuk menjadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu . .
…kerana kini aku telah yakin bahawa “Aku mungkin tidak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi”

Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku. . .
. . .dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNya mestipun itu bukanlah dirimu. .

Read more...

9 May 2012

JIKA DIA BUKAN JODOH KU. .



Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila dating dugaan-dugaan tertentu, ada yang cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah S.W.T di dalam surah Hud ayat 9. . ..

“Dan demi sesungguhnya!jika kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari kami kemudian kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaaan dunia mungkinakan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermati-matian untuk mempertahankan atau mendapatkan semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walupun apa pun yang kita lakukan, tidak da gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah difikirkan.

Mempercayai takdir bukan maksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seseorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekirany mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima kententuan, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman .InsyaAllah

Read more...

USAH DIKENANG CINTA YANG LALU





Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang syukar diperolehi.

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayan perasaan saban hari. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikrkan hal yang lebih penting dari soal hati. Kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah-olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa bercinta sesame manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini. Mana perginya satu azam yang kuat dulu? Mana perginya janji kita yang mahu Berjaya dalam hidup?

Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta, berkasih saying dengan orang yang kita suka dan mahu. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita. Dan selalu saja kita menrungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita, bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita. Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk menjadi milik kita dan bukan hak kita, sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya.

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah itentukanNya. Kitaa Cuma hamba Allah yang, yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman.

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharapkan cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita. . …selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus didalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah kea lam nyata. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukuplah sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi memiliki kita. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita. Sesungguhnya kita dalam kerugian yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA. . . …kerana hakikatnya JODOH itu bukan ditangan manusia. . …atas kasih saying Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi.


Read more...

PENGUBAT HATI SEDIH



Tahukah kita?
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewah melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian . . .

Dalam hadith qudsi Allah berfirman :-
“pergilah pada hambaku lalu timpakanlah beebagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda :-
“seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakita, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat(penebusan) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda . .
Tapi sedihlah kerana anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang tidak mempercayai anda . . .
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri . . .

Jangan sedih bila orang lain tidak member kesempatan kepada anda . .
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan. . .

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda. .
Tapi sedihlah kerana tidak boleh menghargai orang lain. .

Janganlah sedih bila orang lain menghina anda . .
Tapi sedihlah anda kerana membuat hina dari .

Jangan sedih bila orang memaki anda . .
Tapi sedihlah kerana bermulut jahat pada orang lain

Jangan sedih orang selalu mengritik kita . .
Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah oerbaikkan diri . . .

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh . . .
Tapi sedihlah kerana anda tidak mau bangkit kembali. . .

Hangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir . .
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman. . .

INGATLAH . . . .
Kunci masalah ada dalam diri, bukan di luar. . .
Orang kata, semakin banyak kau beriman . .
”Kau akan di uji terus bertubi-tubi”

Orang kata, semakin banyak kau berbuat  baik
“kau akan terus berdepan dengan masalah .”
Read more...

8 May 2012

PETUA UNTUK KHUSYUK DALAM SOLAT




1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Read more...